47

12.8K 341 3
                                    

Wardah menghayun kedua belah kakinya kebelakang dan kedepan. Dia mengeluh kebosanan apabila kawasan ini langsung tiada teksi mahupun bas lalu.

Tiba-tiba dia rasakan telefon barunya bergegar didalam pocket seluar slacknya. Tanpa membuang masa, panggilan dari suami tercinta terus diangkat.

"Hello, Assalamualaikum sayang.."

"Waalaikumussalam abang!" Salam Aiden dijawab dengan nada yang ceria.

"I'm so sorry sayang, sebab tak dapat nak temankan sayang checkup baby harini. Abang betul-betul lupa and kebetulan ada meeting penting pula pagi tadi. Sorry sayang"

"It's okay abang. Wardah faham, abang busy" Dia mengerti bahawa Aiden sibuk menguruskan syarikatnya. Pagi tadi pun dia menggunakan perkhidmatan teksi untuk pergi ke klinik buat checkup baby. Yusuf dan Zul pula cuti hari ini.

"Thanks sayang, ni sayang dekat mana? Dah balik ke belum?"

"Belum lagi. Tengah tunggu teksi dekat bustop depan klinik ni"

"Aaa tunggu kejap, abang on the way amik sayang dekat sana"

"Okaylah abang, drive safe. Assalamualaikum"

"Take care sayang, Waalaikumussalam"

Wardah menekan button end call. Tidak lama kemudian, kereta porche berwarna putih berhenti dihadapan bustop tempat dia menunggu ini. Dia tidak menghiraukan kereta itu. Apabila pintu pemandu dibuka, kelihatan seorang perempuan tinggi lampai berbaju kurung serta bertudung menuju kearahnya. Automatik wajah Wardah bertukar resah.

"Assalamualaikum Wardah" Wanita itu menyapa Wardah dengan sopan.

"W-walaikumussalam Cik Ilya" Ilya tersenyum manis melihat Wardah takut-takut dengan dia.

"Sihat?" Wardah tidak berani memandang wajah Ilya. Dia hanya menunduk sambil bermain dengan jarinya. Pandangan Ilya jatuh pada perut Wardah yang sudah membesar.

"Saya pergi dulu Cik Ilya, Assalamualaikum" Wardah terus berdiri. Sumpah, dia cukup takut apabila berhadapan dengan wanita itu. Dia masih tidak boleh lupa apa yang wanita itu lakukan terhadap dirinya.

Ilya hanya melihat tubuh genit itu berlalu pergi. Bibirnya mengukirkan senyum sinis. Plastik putih yang ditinggalkan oleh Wardah dipandang penuh makna.

Manakala Wardah menghembuskan nafas lega bila dia dapat larikan diri dari Ilya. Tidak sanggup lagi dia mahu mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh Ilya. Telefonnya dicapai kemudian nombor Aiden didail.

"Ye sayang? Kejap lagi abang sampai, jalan jammed ni"

"Abang amik Wardah dekat gerai goreng pisang tu tau"

"Baiklah adindaku, take care. Bye"

Ikon merah ditekan. Gerai goreng pisang yang berada tidak jauh dari bustop tadi dituju. Memandangkan perut dia pun dah lapar sebab sekarang ni pun dah masuk waktu tengah hari, jadi sementara menunggu suaminya tiba dia mahu membeli goreng pisang itu.

"Ye kak, nak apa?" Seorang budak perempuan menyapanya.

"Bagi goreng pisang ni 3 ringgit" Budak perempuan itu tersenyum lantas membungkus goreng pisang untuk Wardah. Selepas itu, plastik yang berisi goreng pisang itu bertukar tangan. Baru sahaja tangannya mahu menyelongkar beg untuk mencari purse, ada tangan lain yang menghulurkan duit bernilai 10 ringgit kepada budak perempuan itu.

"Keep the change" Suara husky milik lelaki yang Wardah kenal itu membuatkan dia mengalihkan pandangannya ketepi.

"Abang!" Tangan Aiden disalam hormat.

"Jom, pergi lunch" Wardah mengangguk. Lengan suaminya dipeluk mesra. Mereka berdua masuk kedalam kereta. Beberapa minit kemudian, Aiden terus memandu keretanya menuju ke restoran.

"Baby okay ke?" Tanya Aiden semasa mereka dalam perjalanan ke restoran untuk makan tengah hari. Wajah isterinya dikerling sebentar sebelum kembali focus kearah jalan raya.

"Baby okay je, aktif macam selalu" Tangan Wardah dilekapkan keperutnya. Senak sikit sebab anak dia hari-hari aktif, tendang sana-sini.

"Baby, janganlah aktif sangat. Kesian mama" Tersengih Wardah mendengar pesanan Aiden buat bayinya didalam perut itu.

"Baby tengah buat apa tu?" Goreng pisang yang masih berasap itu Wardah gigit sedikit. Ya Allah! Sedapnya! Wardah memejamkan matanya. Sudah sekian lama dia tidak merasai nikmat goreng pisang ditepi jalan itu.

"Baby tengah main bola" Jawab Wardah selamba sambil itu mulutnya tidak henti mengunyah goreng pisang.

"Sejak bila perut sayang jadi padang bola ni?" Wardah tidak menjawab malah dia hanya tergelak kecil.

"Amboi, makan sorang-sorang! Tak ingat pun suami ada kat sebelah ni!" Perli Aiden. Dia pun terliur juga tengok Wardah makan goreng pisang tu. Almaklumlah, tak pernah merasa makanan tepi jalan.

Sedar tidak sedar, goreng pisang itu semakin berkurang. Baki satu lagi goreng pisang yang tinggal disuap kemulut Aiden.

"Nak lagi yang,sedap pulak" Wardah yang sedang meratah kerak goreng pisang itu terkedu.

"Dah habis lah bang..sorry" Wardah tersengih. Kemudiannya dia menyambung semula meratah kerak goreng pisang itu seperti tiada apa yang berlaku.

Aiden menggelengkan kepalanya, pasrah.

——

Wardah menggeliat kecil sebaik sahaja azan Subuh kedengaran syahdu ditelinganya. Pipinya digaru perlahan sambil matanya tertancap pada suaminya yang sedang lena.

"Abang, bangun. Dah subuh, bang" Bahu Aiden digoncang perlahan.

"5 minutes, darling" Dan selepas itu, Wardah terdengar satu dengkuran halus yang terhasil daripada Aiden.

"Abang! Nanti terlepas subuh lah!" Aiden terus mencelikkan matanya kemudian menggosok telinganya yang hampir pekak disebabkan jeritan Wardah.

"Sayang, kejutlah abang baik-baik. Apa ni jerit-jerit" Tegur Aiden dengan muka cemberutnya.

"Sorry, abang. Dah abang tu yang liat sangat nak bangun" Wardah tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang rata.

"Iyelah sayang, apa-apa jelah" Balas Aiden dengan malas. Dia bangkit menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Tak lama kemudian, Aiden menjerit memanggil Wardah. Wardah terpinga-pinga.

"Ye abang!"

"Tolong amikkan tuala abang kejap!" Tuala Aiden dicapai kemudian pintu bilik air itu diketuk. Memang taklah dia nak buka je, tak pasal-pasal dia yang malu nanti.

"Abang! Ni tuala!" Pintu bilik air terus dibuka dengan luas oleh Aiden. Wardah menjerit kecil kemudian menutup kedua matanya.

"Abang! Tutuplah pintu! Tak malu betul lah orang tua ni!" Aiden tersenyum nakal. Jari jemarinya yang basah dibawa kelengan isterinya.

"Jom masuk sekali" Wardah menolak dada Aiden yang terdedah itu dengan tangannya.

"Abang ni!"







Triple update!










Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now