"HASYA mana maksu? Daripada pagi tadi tak nampak pun batang hidung dia" Soalnya pada maksu yang baru tiba diruang tamu itu.
"Selalu dia je yang riuh dalam rumah ni"
"Hasya ado kem kat Desaru, Johor sana" Wardah mengangguk faham.
Tiba-tiba otaknya terimbas tragedi yang menimpanya sewaktu dia dan keluarganya bercuti disana.
"Mama,Wardah nak swiming kat sana boleh?" Soal Wardah yang baru berusia 8 tahun.
"Tak boleh sayang, Wardah kan tak pandai berenang" Tengku Suriani mengusap rambut Wardah dengan lemah lembut.
"Pandai lah ma, please ma. Boleh lah eh? Abang jom swiming" Kalini Wardah memegang tangan Uwais pula untuk mengajak Uwais swiming dengan dia sekali.
"Yelah, yelah. Pergi lah sana, hati-hati tau. Uwais jaga adik baik-baik" Pesan Tengku Suriani. Dia kembali menyambung makan sandwich yang dibeli dikedai berdekatan situ.
Tak lama selepas itu dia mendengar suara seorang budak perempuan menjerit meminta tolong. Tanpa melengahkan masa lagi dia terus menuju ketempat tersebut, ramai orang berkerumun disitu untuk melihat apa yang terjadi.
Apabila dia sampai sahaja disitu, bagai nak luluh jantungnya melihat tubuh Wardah yang terbaring lemah diatas pasir-pasir pantai sambil kepalanya dipangku seorang budak laki.
"Mama" Tengku Suriani turut terduduk lalu dia memeluk tubuh Wardah yang separuh sedar itu. Air matanya juga turut mengalir.
"Adik, mama!" jerit Uwais dari jauh. Masa itu pengunjung yang berkerumun tadi sudah beredar.
"Adik, terima kasih ya sebab selamatkan anak aunty" Tengku Suriani mengucapkan terima kasih kepada budak laki tadi.
"Sama-sama aunty, saya pergi dulu. Bye awak" Budak lelaki itu merapatkan bibirnya ditelinga Wardah kemudian membisikkan sesuatu.
"Take care, sweety" Pipi Wardah terasa bahang dengan bisikan budak lelaki itu.
"Bye, Hero!" Tengku Suriani membantu Wardah untuk berdiri kemudian mereka menuju ketempat perkelahan mereka semula.
Dalam tidak sedar, budak lelaki tadi telah bernekad untuk mencari semula budak perempuan yang diselamatkan itu nanti. Hatinya seakan-akan tertarik dengan kecomelan budak perempuan itu. Apa kata orang? Seperti cinta pandang pertama. Ha gitulah!
"Ha! Teringatkan cik abe kat rumoh ko?"
"Terkejut Wardah, aishh maksu ni" Wardah mengurut dadanya akibat terkejut dengan sergahan maksu tadi.
Tak ada maknanya nak teringatkan dia maksu, dia tu entah ingat ke tidak dekat isteri dia ni.
Ingin saja dia menjawab sebegitu tetapi hanya mampu terluah didalam hati sahaja. Cukuplah maksu sudi menguruskan pernikahannya dengan Aiden, dia tidak mahu menyusahkan maksunya buat kali kedua pula.
"Mu dok rindu ke Aiden?"
Sejujurnya memang dia rindu kat Aiden tapi dia terpaksa buat semua ni. Soalan maksu dibiar sepi.
Tengku Suraya menjeling Wardah dengan hujung matanya. Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Wardah dan Aiden.
"Call lah, message ko. Tanyo tok laki mu tu doh make ke belum" Sambung maksu lagi.
"Nanti-nanti lah, ni maksu boleh tolong Wardah tak?"
Sengaja dia tukar topik perbualan tentang Aiden sebentar tadi. Sedangkan telefon dia pun dah hancur gara-gara Aiden baling didinding, bagaimana dia mahu menanya khabar lelaki itu?
"Kalu maksu mampu, InsyaAllah maksu tolong" Wardah merenung kedalam anak mata Tengku Suraya sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang manis.
"Tolong Wardah untuk berubah"
—
"BRO! Masam je muka, gaduh dengan bini ke?" Perli Hariz dengan selamba sambil memeluk bahu perempuan didalam club itu. Dia menggeleng kemudian menganggukkan kepala mengikut rentak muzik rancak yang diputarkan oleh DJ.
"Orang datang sini nak happy-happy. Eh kau langgan lah mana-mana awek dalam ni. Semua cantik-cantik" Sambung Hariz lagi.
Aiden hanya menjeling tajam lalu meneguk air kencing syaitan. Dia tidak mempedulikan Hariz yang mabuk bersama pelacur-pelacur dikiri dan kanannya.
Matanya juga sudah mengecil dan layu, kesan daripada minuman keras itu. Namun dia masih sober.
"Sorry, Im late" Ilya melabuhkan punggung disebelah Aiden lalu memeluk lengan sasa Aiden. Kepalanya dilentok manja disitu. Gelas yang berisi minuman keras ditangan Aiden, dicapai lalu diteguk dengan rakus.
"Wow, Riz? I baru perasan you ada kat sini"
"I normal lah ada kat sini"
"Yang tu," Bibirnya dimuncungkan kearah Aiden. Tawa kecilnya terhambur sebelum menyambung. "Tak normal. Orang dah berbini kan..." Kini tawa besarnya diselangi dengan tawa dua orang pelacur itu sekali.
Aiden berdecit kemudian menyepak kaki Hariz dibawah meja.
Kacau daun betul! Orang datang sini nak lupakan semua masalah, dia lagi tambahkan masalah!
"Dude! You better watch your mouth!" Ujar Ilya bengang.
Terasa usapan lembut Aiden ditangannya.
"I je yang layak jadi wife Tengku Aiden William" Bicara Ilya dengan lagak sombongnya. Jelingan tajam dihadiahkan buat Hariz.
"Okay, okay! Sorry! Rilek ah!" Hariz tergelak sakan. Puas hatinya dapat mengusik mereka berdua.
Yang si Aiden ni pun satu, dah beristeri pun perangai masih tidak berubah!
"Enough, let's go Ilya! Jom kita pergi syurga. Dekat sana lebih tenang, tak ada setan-setan yang memekak!" Hariz tersentak.
Dia menghentikan aktiviti panasnya dengan perempuan-perempuan itu lalu memandang kearah Aiden dan Ilya yang mula mengangkat punggung mereka.
"One more thing, Hariz! Dia tu layak jadi hamba aku je"
"Tempat aku puaskan nafsu and lepaskan stress" Tersungging senyuman sinis kepada Hariz sebelum berlalu pergi bersama Ilya.
"Gila kejam kau!" Laung Hariz dari jauh. Peduli apa dia kalau satu kelab dengar. Bukannya mereka sedar pun. Masing-masing dalam dunia dan syurga yang diciptakan sendiri.
Lagipun didalam kelab itu penuh dengan dentuman muzik yang membingitkan telinga.
"Pergi mampus ah!" Balas Aiden juga dengan laungan dari jauh.
"You nak bawa I pergi mana ni?" Soal Ilya sambil memeluk pinggang Aiden manakala tangan Aiden memeluk erat bahu Ilya.
"Pergi syurga, silakan masuk my princess" Pintu kereta bahagian penumpang itu dibuka oleh Aiden lalu dia mempersilakan 'princess' dia masuk kedalam kereta Audinya.
"Thank you, baby" Menggedik lah si Ilya ni bila Aiden mengenyitkan sebelah matanya. Baginya, Aiden memang kacak namun dia lebih mementingkan harta daripada paras rupa. Apa yang Aiden minta, pasti ditunaikan kerana dia tahu Aiden mampu memberikan apa sahaja yang dia mahu.
Kehadiran Wardah didalam hidup Aiden sedikit sebanyak membuatkan dia rasa terancam. Dia risau jika Aiden mula mengabaikannya apabila rasa cinta itu mula berputik antara Aiden dan Isterinya.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...