AIDEN pulang kerumah lewat pada malam ini dengan perasaan yang berkecamuk. Dia bimbang amarahnya akan terlepas pada isterinya, jadi dia tidak terus naik kebilik tetapi langkahnya dibawa ke bilik tetamu.
Aiden mengambil keputusan untuk menunaikan solat istikharah dahulu supaya dia dapat petunjuk tentang kakaknya seterusnya boleh juga menenangkan hati dia yang tengah marak dengan api kemarahan. Sekaligus menunaikan solat satu sepertiga malam.
Sebelum itu dia membersihkan diri dulu. Barulah selepas itu dia mengambil wudhuk dan menunaikan solat istikharah dahulu dan disusuli dengan yang lain.
Selesai mengerjakan solat hati dia mula berasa ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Tangan diangkat separas dada. Dengan linangan air mata dia berdoa kepada yang Maha Esa.
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau ampunkan lah dosa-dosaku, dosa isteri dan seluruh ahli keluarga kami.."
Aiden menahan sebak didada.
"Kau tempatkan lah ahli keluarga kami serta anakku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kau haramkan lah api neraka daripada menyentuh seinci tubuh mereka..."
Ada getaran didalam nada suaranya.
"Kau berikanlah aku petunjuk tentang kakak kandungku sama ada dia masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika benar dia masih hidup, kau bukakan hatiku untuk menerimanya semula"
Semoga Tuhan memakbulkan doa-doanya ini.
"Kau berikan lah cahaya dalam rumahtangga kami dengan kurniakan zuriat yang soleh dan solehah, Ya Allah. Amin, Ya rabbal alaminn"
Dia meraup muka dengan kedua tapak tangannya kemudian melipat sejadah dan disangkut ditempat yang sudah disediakan. Songkoknya diletakkan diatas meja bersebelahan dengan kepala katil kemudian dia berbaring secara menelentang diatas katil. Matanya menghala kearah siling yang berwarna putih.
Mindanya terus teringat pada telefonnya yang sudah habis bateri itu. Telefonnya dicas kemudian dihidupkan semula. Terpapar wallpaper gambar isterinya yang sedang menikmati sarapan dibalkoni bilik mereka. Gambar itu diambil senyap-senyap tanpa pengetahuan Wardah.
Wajah lembut itu dipandang lama sebelum dia tersenyum kecil.
Cantik!
"Mak aii! 20 miscalled! Siapa pulak yang call ni?"
—
WARDAH menggosok perlahan matanya setelah mendengar bunyi azan yang sayup-sayup kedengaran dari masjid berdekatan dari rumah ini.
Jam di dinding juga sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi.
Semalam dia tidur awal dalam pukul 8. Kesan daripada ubat yang ditelannya.
Tangannya meraba kesisi, ternyata kosong. Biasanya dia yang akan mengejutkan Aiden untuk solat subuh berjemaah.
"Takkan abang tak balik dari semalam kut?" Lama juga dia mengelamun sendiri sehingga azan Subuh telah habis.
Dia mengeluh perlahan kemudian mencapai tuala dan berlalu kedalam tandas untuk membersihkan diri seterusnya menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Wardah berlalu kebawah untuk melihat Mak Timah serta dua orang lagi pembantu rumah sedang sibuk membuat kerja.
Bahu Mak Timah yang sedang ligat membasuh pinggan sambil bersenandung kecil itu ditepuk kemudian dia menyergah Mak Timah.
"Mak Timah!"
"Eh! Abang! Eh! Nak! Eh! Tegur! Opocot! Eh!" Terus melatah orang tua itu akibat disergah.
Tawa lucunya terhambur melihat gaya Mak Timah melatah.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...