"ADIK!"
Uwais menyambut tubuh Wardah yang hampir tumbang dihadapan singki itu. Untung saja hati dia terdetik mahu lalu didapur.
Pipi Wardah ditampar lembut. Terpisat-pisat Wardah membuka matanya. Pelipisnya disentuh perlahan.
"Uwais bakpo Wardah tu?" Maksu yang baru tiba didapur terus menyoal. Tertanya tanya juga dia mengapa Uwais tiba-tiba menjerit.
"Ni ha adik tiba-tiba pitam"
"Ha bowok dia masuk tidur dale bilik. Letih sangat doh tu" Arah maksu dengan risau.
Wardah yang tampak lemah didalam dakapannya terus didukung. Pucat habis wajah adiknya itu.
Setelah tubuh Wardah selamat mendarat diatas katil, Uwais terus bercekak pinggang.
"Adik takyah puasa lah harini. Kejap lagi abang amikkan panadol dengan air" Wardah menggeleng.
Mana boleh dia pecahkan rekod yang hampir sebulan dah dia berpuasa. Sejak akil baligh, itu satu-satunya impian dia setiap kali puasa. Semua ini gara-gara dia malas mahu mengganti puasa.
"Jangan degil. Kang makin melarat pulak" Mahu atau tidak terpaksalah dia akur dengan kata-kata Uwais. Cukuplah dia susahkan abangnya dengan meminta Uwais menemaninya kerumah maksu.
"Sorry abang kalau Wardah banyak menyusahkan abang" Kebelakangan ini hati dia cepat tersentuh.
Disebabkan benda kecil pun dia boleh melenting.
"Menyusahkan apa pulak? Adik kan adik abang. Demi adik, abang sanggup buat apa je" Tuturnya dengan ikhlas.
"Kesian abang, patutnya tahun ni abang raya dengan Mirza dekat rumah mak abah. Apa pulak Mirza cakap nanti"
Ingat lagi Ustaz Hanafiah dan isterinya, Hajah Rusdiah?
Sebulan yang lalu, Uwais telah menyatakan hasratnya ingin menjadikan Mirza sebagai isterinya. Kini Uwais sudah bergelar tunangan kepada Mirza.
"Mirza okay je. Dah abang tak nak dengar adik cakap apa-apa lagi. Rest. Kejap lagi abang datang balik"
Wardah tersenyum hambar. Matanya dipejam seketika kerana sakit kepala menyerang kembali.
Belum sampai seminit dia memejamkan mata, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
Bulan lepas pun dia tidak datang bulan.
Sekarang dah hampir dua bulan.
Matanya terbuka luas. Mulutnya melopong.
—
TERASA belakang badannya diusap lembut oleh maksu. Noah dan adik kembarnya terkebil-kebil melihat mamanya mengeluarkan cecair melalui mulut.
Ivyanna terjerit kecil. Seriau dia melihat sesuatu keluar dari mulut mamanya.
"Adik diamlah!" Noah memarahi Ivyanna kerana membuat bising.
"Bakpo mu ni Wardah? Kito gi klinik gih" Ujar maksu dengan nada risaunya.
"Tak apa maksu, perut masuk angin sikit je ni kot"
"Bahayo tu, marilah meta jah. Mu gi siap cepat. Anok-anok gi Uwais nga Hasya jago"
"Tapi maksu..." Panahan tajam maksu membantutkan niatnya ingin membantah.
"Okay...." Dia terus melangkah longlai kebilik untuk menyarungkan tudung.
—
JEJAK sahaja bagasinya ditanah dihadapan rumah maksu, Aiden terus mengeluh lega.
Salam diberi dengan sopan. Tidak lekang senyuman dibibirnya. Rindu dihati semakin menebal kerana sudah sehari tiada wajah bidadari yang menyinari harinya. Biasanya bangun saja daripada tidur, wajah Wardah yang menguasai pemandangannya.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...