"WHAT'S your problem, dude!" Ilya merentap semula pergelangan tangannya yang dicengkam kuat oleh Hariz.
"You tanya I, apa masalah I? My problem is you, Ilya!" Ilya merengus kasar kemudian mengalihkan pandangannya kearah jalan raya yang sibuk itu.
Hariz mencekak pinggangnya dan matanya mencerun kearah Ilya. Disebabkan Ilya, dia terpaksa batalkan perjumpaan dengan brotherhood dia iaitu Aiden.
"You know what! Aunty dengan Uncle tu dah separuh mati risau dekat you, you boleh pulak sedap dengan jantan dekat club ni. Mana you punya rasa bersalah dekat parents you tu?!"
Ilya membuat muka selamba apabila diherdik sebegitu. Sudahlah lelaki dihadapannya ini mengacau dia dengan mangsanya tadi.
"Rasa bersalah I dah hilang lepas mummy and daddy buat keputusan tanpa berbincang dengan I dulu!" Suaranya sama naik seperti Hariz.
"You ingat I nak sangat ke kahwin dengan you?! Entah dah berapa puluh jantan yang you dah layan" Senyum sinis ditayangkan dihadapan Ilya.
"Yes, I admit yang I banyak layan jantan-jantan kat luar sana tu tapi you kena ingat..." Giliran Ilya pula tersenyum sinis. Kakinya melangkah menghampiri Hariz.
Dada Hariz ditunjal-tunjal menggunakan jari telunjuknya. "You pun sama macam I. Kita sama-sama dah tak suci!"
"I sedar yang dulu memang kita sama tapi you tu, bila nak sedar? You tu perempuan, kalau bukan I sanggup kahwin dengan you yang dah longgar ni, siapa lagi yang sanggup?! Tell me?!"
"You!" Sebuah tamparan dihadiahkan buat Hariz oleh Ilya. Hariz memegang pipi sebelah kanannya yang ditampar oleh Ilya. Wajahnya disiniskan tanda mengejek.
"Why? You malu? You marah?" Seujujurnya apa yang dikatakan oleh Hariz memang benar belaka. Dia marah dan malu kerana dihina sebegitu oleh Hariz.
"Kalau macam tu, jom kita berubah sama-sama? Kita kahwin? Even kita tak ada rasa cinta tu, lepas kahwin kita boleh try kan?..." Nada Hariz bertukar lembut.
"I dah buat solat istikharah and the answer is you" Ilya menunduk dan membisu. Memberi peluang Hariz berbicara.
"Lepas tu I baru I yakin you lah jodoh I, takdir I" Ilya mendongak semula. Memandang wajah Hariz.
"Tapi I tak cukup yakin yang I boleh jadi isteri sempurna untuk you" Sayu wajah Ilya menuturkan bicaranya.
Adakalanya hati Ilya juga inginkan perubahan. Dimana ada seorang lelaki yang hadir untuk membimbing dia ke jalan yang benar. Namun semua itu diketepikan dahulu kerana umurnya masih muda dan dia masih mahu kebebasan. Dan dia ada lagisatu misi.
Misi membalas dendam.
Dalam diam senyuman sinis terlakar dibibirnya namun hanya sebentar kerana akalnya mula merancang sesuatu.
Sesuatu yang akan membantu misinya berjalan dengan lancar.
"It's okay, I'll give you time" Dan Hariz berkira-kira mahu berlalu tetapi Ilya menghalang.
"Stop. I'll tell you the answer right now"
"What is it?"
"Yes. I setuju untuk kahwin dengan you" Hariz tersenyum. Ilya membalas senyuman Hariz dengan senyuman yang penuh makna tersirat didalamnya.
Tanpa Hariz sedar, dia telah dimainkan oleh Ilya.
——
"MIRZA, boleh abang tanya sesuatu?" Mirza tergelak kecil.
"Sejak bila abang minta izin Mirza bila nak tanya soalan ni?" Hujung tudung dimain-mainkan sambil pandangannya tertancap kearah sawah padi yang terbentang luas dihadapannya.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...