9.

32.8K 987 17
                                    

"AKU tak peduli! Aku nak kau gugurkan kandungan tu! Entah anak haram mana yang kau bawak tu!"

Telinganya asyik terngiang-ngiang kata-kata Aiden di klinik pagi tadi. Dia merenung kipas yang berpusing di siling biliknya.

Gugurkan?

Tak, dia tidak mahu gugurkan bayi ini. Bayi ini tak bersalah.

Kenapa kejam sangat, Aiden? Ini anak awak juga tahu tak?

Bentaknya dalam hati.

Lantak lah nak jadi apa pun, dia tetap dengan keputusan dia. Dia akan pertahankan kandungannya kerana bayi ini tidak berdosa.

Perut yang berkeroncong disentuh perlahan. Dari pagi tadi dia tidak menyentuh sebarang makanan. Last dia telan makanan pun time breakfast dekat rumah Tengku Suraya sebelum bertolak.

Lagi-lagi dia membawa satu lagi nyawa dalam perutnya ini. Dah lah dia masih muda, tambahan lagi tengah mengandung. Dia tak pernah mengandung, jadi tiada pengalaman untuk menjaga bayi ini dengan baik.

Sudahlah Aiden langsung tidak pedulikan dia dengan kandungan ini. Lagi disuruh Wardah gugurkan adalah.

"Sabar ya baby, mama pun lapar juga" Wardah melangkah kearah balkoni biliknya. Cuaca di petang hari ini mendung sama seperti hatinya.

Seminit dua minit kemudian sedikit demi sedikit air hujan mula membasahi bumi. Dia memejamkan matanya apabila titisan air hujan tempias kewajahnya. Entah kenapa, dia rasa tenang seolah-olah titisan air hujan itu menghilangkan serabut didalam kepalanya.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Wardah terkejut lalu berpaling kebelakang dan kelihatan Mak Timah sedang tersenyum manis kearahnya sambil meletakkan dulang diatas meja lampu sebelah katilnya.

"Puan, mari masuk. Hujan tu, nanti Puan sakit" Wardah tersengih kemudian menarik sliding door menutupi balkoni.

"Mak Timah, tuan mana?" Wardah bertanya dengan sopan. Langkah diatur menghampiri Mak Timah. Pandangannya jatuh pada mangkuk yang berisi bubur dan air susu.

"Tuan dah keluar, tuan suruh Puan makan" Berkali-kali Wardah menyuruh Mak Timah memanggilnya Wardah sahaja namun Mak Timah tetap mahu memanggil Wardah Puan kerana Aiden yang menyuruhnya.

Wardah hanya mengangguk kemudian tersenyum nipis.

"Lagi satu Puan, Tuan suruh Puan rehat lepastu makan dan tahniah ya, Puan" Mak timah menyentuh perut Wardah dengan tangan tuanya. Wardah tersentak, matanya berkaca.

"Eh Puan, saya mintak maaf!" Mak Timah menarik semula tangannya dari perut Wardah.

"Tak apa Mak Timah, saya cuma rindukan mama saya. Kalau dia hidup lagi mesti dia seronokkan?" Wardah menarik semula tangan Mak Timah kemudian dilekapkan diperutnya semula. Dia rindukan sentuhan mamanya.

"Dah berapa bulan ni Puan?"

"Dah hampir dua bulan Mak Timah"

Mereka berpandangan sebentar sebelum Mak Timah meminta diri untuk kebawah. Luluh hati dia melihat seorang wanita mengandung terkurung didalam bilik ini. Tergamak majikan dia kurung isteri yang sah lagi halal serta sedang mengandungkan anaknya itu disini.

"Sabar ya, Puan" Mak Timah mencapai jari jemari Wardah kemudian digenggam lembut.

Wardah membalas kembali genggaman jari jemari Mak Timah. "Terima kasih, Mak Timah"

"Mak Timah keluar dululah ya.." Pintu tersebut dikunci semula dari luar. Disentuh perutnya yang masih kempis itu kemudian dia mengambil makanan tersebut. Dia menjamah sedikit sahaja. Tidak lalu makan kerana tekaknya berasa loya tiba-tiba.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now