10.

35.8K 886 5
                                    

WARDAH tersengih seorang diri dibalkoni biliknya sambil menikmati udara segar dipagi hari. Memori malam tadi bermain difikirannya. Layanan Aiden terhadapnya sungguh berbeza dari sebelumnya.

Bangun sahaja dari lena, Wardah terus mengambil kesempatan untuk menilik wajah Aiden yang serba serbi sempurna. Puas dia menilik daripada mata turun ke hidung dan akhir sekali bibir.

Apakah hati lelaki itu sudah boleh menerimanya? Kalau betul, dia amat bersyukur kerana akhirnya Tuhan memakbulkan doanya.

Kedengaran tombol pintu dipulas dari luar. Seperti biasalah masih berkunci dari dalam. Tapi Aiden ada pesan, gunakan telefon rumah di night stand itu jika mahu apa-apa.

Dulang yang berisi sarapan Wardah diletakkan dengan berhati-hati. "Susu tu jangan lupa minum. Makan ya, Puan"

"Baik, terima kasih Mak Timah,"

"Mak Timah," Mak Timah yang berura-ura untuk keluar terus berpaling semula kearah Wardah.

Ternanti-nanti juga dia apa yang mahu dikatakan oleh Wardah.

"Kalau tak keberatan, boleh saya minta tolong sikit?" Wardah menggigit bibir bawahnya. Serbasalah pula dia mahu menyatakan permintaannya kepada Mak Timah.

"InshaAllah Puan, kalau saya mampu saya tolong"

"Tekak saya teringin nak makan pengat pisang," Dia memegang tangan Mak Timah. Dia memandang Mak Timah dengan sengihan.

"Jadi Puan nak saya buatkan?" Wardah mengangguk. "Eh kalau permintaan saya ni menyusahkan, tak apalah. Saya ni mengada je suruh orang buat itu ini"

"Apa pula macam tu? Tak apalah, senang je buat pengat pisang tu. Lagipun takkan Mak Timah nak hampakan ibu mengandung yang mengidam ni" Mak Timah menyentuh perut Wardah yang berlapikkan baju lengan pendek.

"Terima kasih ya Mak Timah, sorry susahkan Mak Timah. Saya nak buat sendiri tapi saya pun terkurung dalam bilik ni"

Tubuh wanita tua itu lekas lekas dipeluk. Terasa belakang badannya diusap lembut.

"Tak susah pun, sayang. Mak Timah keluar dulu lah ya"

Wardah hanya mengangguk lalu dia membawa dulang yang berisi sarapan paginya dibalkoni. Rasanya lebih seronok jika bersarapan sambil menikmati pemandangan diluar.

"Baby rasa tak apa yang mama rasa pagi ni?" Sambil itu dia cuba berbual bersama bayinya.

AIDEN tersenyum lebar ketika melangkah masuk kedalam officenya. Staff yang melihat ada senyuman bahagia diwajah Aiden terus mengucapkan selamat pagi serta tahniah atas berita gembira semalam.

Aiden hanya tersenyum lalu menundukkan kepalanya sedikit. Dia sendiri tidak faham dengan mood dia yang tiba-tiba gembira semacam pagi ini.

"Good morning boss, happynya encik Tengku kita sorang ni" Amy dah masuk dah nada memerli dia itu.

"Happy salah, muram salah. You nak I muram je ke everytime masuk office?"  Aiden memulangkan paku buah keras.

"Tak adalah boss, saya pelik je" Pintu pejabat Aiden dibuka dan dia memberi laluan kepada majikannya untuk melangkah masuk.

Amy yang sudah biasa dengan tugasnya terus membacakan jadual Aiden untuk hari ini. Lelaki itu tekun mendengar setiap urusan yang perlu dilakukan olehnya.

"Pukul 2 cancel all my appoinments. I nak spend time dengan wife I" Ada beberapa perkara penting yang dia mahu bincangkan bersama Wardah. Aiden tidak mahu pendam terlalu lama lagi.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now