"Hello?" Wardah melekapkan telefon ke telinga dengan keadaan telefonnya diapit ke bahunya. Kedua tangannya digunakan untuk menggaul nasi goreng kampung didalam kuali.
Tiba-tiba pula tekak dia rasa nak makan nasi goreng kampung. So, dia sendiri yang turun ke dapur untuk menyediakan hidangan sarapan pagi mereka hari ini. Puas dia memujuk Mak Timah supaya wanita itu memberi peluang kepadanya.
Bukan apa, dia cuma tidak mahu menyusahkan orang lain semata-mata untuk memenuhi kehendaknya. Setakat nasi goreng kampung tu apalah sangat. Celah gigi dia je pun!
"Ni Wardah ke?"
Suara halus ni seperti sudah lama kedengaran ditelinganya.
"Ya saya. Awak ni siapa?"
"Hoi ni aku lah Ria"
Patutlah macam pernah dengar. Sahabat dia yang sengal ni rupanya.
"Ouh, ingatkan makcik bawang mana yang call aku tadi" Gurau Wardah.
Maklumlah, sejak menjadi isteri kepada Tengku Aiden William ni ramai juga makcik bawang yang selalu busybody bertanya tentang life dia dan Aiden. Mana mereka dapat nombor Wardah pun, entah dia pun tak tahu.
"Kurang asam. Mentang dah jadi bini CEO"
"Allah, kau ni pun. Bini CEO je pun. Bukannya bini raja pun" Terdengar tawa Riana didalam talian.
"Okay back to the topic. Ni kau free tak petang ni? Aku nak ajak lepak. On tak on?"
Wardah terdiam, berfikir sebentar sama ada mahu jawab on atau tak on. Rasanya hari ini Aiden pulang lewat malam. Dia pun tak ada buat apa-apa tapi Aiden bagi ke dia keluar?
"Aku kena tanya laki aku dulu lah, Ria. Nanti apa-apa aku whatsapp je okay?"
"Okay. Jangan lupa tau. Kau hutang aku banyak cerita ni"
"Iyalah sayangku. Ha okaylah aku letak dulu. Bye, Assalamualaikum"
Usai salamnya dijawab, butang tamat panggilan terus ditekan. Nombor Riana disimpan didalam contacts numbernya. Api dapur gas dioffkan lalu nasi goreng yang masih berasap itu disenduk kedalam mangkuk sederhana besar.
Kemudiannya, mangkuk itu terus dibawa ke meja makan untuk dihidangkan.
"Abang nak pergi mana tu!" Dia terus menyoal Aiden yang baru sahaja keluar dari lift itu. Kelihatan suaminya sudah siap berpakaian sukan.
"Abang nak pergi jogging kejap. Sayang duduk rumah elok-elok ya? Abang pergi sekejap je"
"Nak ikut!" Dia bimbang jika ada mata-mata keranjang yang melekat ke arah tubuh suaminya dan perempuan-perempuan miang yang mahu mendekati suaminya.
Dia tidak akan membenarkan semua itu berlaku. Mungkin dengan adanya dia disebelah Aiden, mereka tidak berani berbuat demikian.
"Sayang, you're pregnant. Abang masih waras lagi nak bawa sayang jogging dengan keadaan sayang berbadan dua ni" Jelas Aiden dengan nada yang lembut kerana tidak mahu melukai hati Wardah.
Wardah memuncungkan bibirnya. "Boleh abang?...please...please?" Sengaja kedua belah matanya dikelip-kelipkan berulang kali.
"Tak comel okay? Dah abang gerak dulu" Selangkah dia berjalan, lengannya sudah ditahan oleh Wardah.
Amboi, cepatnya dia gerak.
"Please?...." Aiden menggeleng. Dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan Wardah keluar dari rumah.
Tambahan lagi kandungan isterinya baru sahaja first trimester. Kalau ada apa-apa perkara buruk yang berlaku kepada isteri dan bakal anaknya, pasti nanti dirinya yang akan dihurung rasa bersalah.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...