BAJU kurung moden berwarna emas itu dipadankan ditubuhnya. Kemudiannya, dia berpaling kearah Aiden yang sedang melayan anak-anak mereka.
Nak dijadikan cerita, sudah banyak butik yang mereka singgah namun hanya bajunya yang tiada lagi. Tiada yang berkenan dihati.
"Ha sayang, nak baju tu? Ambillah" Aiden menegur Wardah yang nampak mengelamun itu. Baju ditangan Wardah diambil.
"Lawa dah tu, sesuai dengan sayang"
Sudah berpasang-pasang baju yang Aiden dan anak-anaknya beli, manakala Wardah tiada sepasang pun yang berkenan dihati. Apa yang dicarinya pun Aiden tidak tahu.
"Abang jelah pilihkan baju saya" Wardah menyilangkan tangannya kedada. Seperti biasa, wajah tidak berperasaannya ditayangkan.
"Okay, tapi sayang kena pakai" Sebelah keningnya dijongketkan. "Okay"
Laju kakinya bergerak kearah anak-anak mereka.
"Tudung pun abang pilihkan tau!" Bermulalah misi baru Aiden iaitu mencari baju dan tudung untuk Wardah.
"Biasanya Wardah pakai saiz M, tudung pulak tudung yang panjang tu. Shawl lah kot" Desisnya perlahan.
Matanya fokus memerhati baju-baju yang tergantung didalam butik itu. Tangannya membelek satu-persatu baju yang bakal berkenan dihati.
"Eh boss!" Satu suara perempuan yang menyapanya dari belakang menyentakkan dia yang sedang memilih baju.
Dari jauh Wardah membesarkan matanya melihat Aiden dan seorang perempuan sedang berbual dengan mesra sekali. Tertanya-tanya juga dia siapa perempuan itu? Posisi mereka yang membelakanginya menghalang dirinya daripada mengecam wajah perempuan itu.
Mengapa Aiden boleh mesra semacam dengan wanita itu sedangkan Aiden selalu menayang wajah bekunya apabila dengan wanita lain.
Rasa cemburu mula merasuk dirinya. Wajah menyampahnya ditayangkan. Meluat dia ingin melihat adengan itu lama-lama. Matanya dialihkan pada Ivyanna dan Iqtidar yang pulas tidur didalam stroller yang baru dibeli tadi.
Siapa je tak kenal Aiden? Baginya harga barangan di Malaysia ini hanya dicelah giginya sahaja. Suka hati dia nak beli bila-bila masa.
"Noah nak apa-apa tak, sayang?" Rambut Noah diusap perlahan.
"Lambat lagi ke mama? Abang dah lapar" Perutnya disentuh sambil memberikan pandangan meminta simpatinya.
"Kata puasa tadi?" Noah tersengih pula.
"Tak jadi lah mama. Abang lapar sangat ni" Wardah mencebikkan bibirnya sekejap.
"Kesian anak mama ni, babah tu lama sangat entah buat apa. Sabar sikit eh"
Noah mengangguk faham dan kembali fokus dengan game yang dimain didalam ipadnya tadi.
"Kita kat sini, dia sibuk menggatal dengan perempuan lain pulak!" Bentaknya dalam nada perlahan. Giginya diketap geram.
-
AIDEN curi-curi menjeling Wardah dengan hujung matanya. Sejak semalam daripada mereka pulang dari membeli baju raya, masih tiada perubahan pada isterinya. Malah semakin lain perwatakan Wardah disini seolah-olah isterinya itu bukan lagi Wardah yang dia kenal.
Otaknya sudah buntu mahu memikirkan bagaimana lagi caranya dia harus memujuk Wardah. Esok sudah masuk bulan Islam yang baru iaitu Syawal. Ramadan juga semakin meninggalkan mereka.
"Kau dengan Wardah ada masalah ke? Dari tadi aku tengok kau curi-curi pandang adik aku lepastu mengeluh macam tak ada hari esok"
Alamak kantoi pula dengan Uwais!
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...