Mata tak lekang dari memandang skrin komputer. Kekunci tak henti-henti aku menaip. Bukannya aku tergesa-gesa membuat kerja cuma aku tidak mahu menangguh kerja. Kerana apabila aku menangguh, sampai ke sudah aku tidak buat.
Tiba-tiba telefonku berbunyi, manandakan ada mesej masuk.
From: Melisa
Time: 7.02pm
Dhia, jom keluar malam ni. Esok cuti kut, movie night or overnight rumah aku?Aku kerut dahi, sudah jam 7 malam.
To: Melisa
Time: 7.03pm
Sorry Mel, busy...Terus aku kemas barang-barang dan aku capai begku. Bergegas aku turun ke bawah dan memasuki kereta.
"Lambat balik Cik Dhia," Tegur Pak Salleh, salah seorang security yang sudah mula masuk shift malam.
"Banyak kerja, lupa tengok jam,"
"Jangan kerja teruk sangat, Cik tu muda lagi. Cari suami," Pesan Pak Salleh.
Aku hanya ketawa. Terus aku masuk ke dalam kereta "Muda-muda la nak kena kerja, dah tua-tua nanti tak payah susah-susah macam dia nak kena kerja," Ujar aku sendirian selepas aku masukkan gear dan keluar dari simpang bangunan milik daddy itu.
Aku tiba di rumah sudah hampir jam lapan malam. Mesti daddy bising. Tapi bukannya pergi merayau mana pun, tak mungkin dia akan bising.
Perlahan-lahan aku menutup pintu rumah dan menjengah tingkat atas. Mungkin daddy dan mummy sedang solat magrib. Perlahan-lahan aku turun ke tangga bawah untuk ke dapur meneguk air.
"Lambat balik," Belum sempat aku turun, suara daddy sudah aku dengar.
"Tak perasan jam dah pukul tujuh tadi," Jawab aku perlahan.
"Pergi naik atas bersiap. Lepas tu makan malam sama-sama. Daddy ada perkara nak cakap," Ujar daddy lalu terus berlalu turun ke ruang tamu. Mummy pula menepuk bahu dan memberi isyarat untuk aku naik ke atas.
Akur, aku naik dan membersihkan diri. Semasa aku ke bilik terlihat Abang Furqan di ruang rehat sedang menaip sesuatu.
"Lambat balik," Tegur Abang Furqan.
"Banyak kerja," Jawab aku ringkas dan terus masuk ke dalam bilik.
Selesai mandi dan bersiap terus aku keluar dari bilik dan turun ke bawah bersama Abang Furqan. Apabila kami jejakkan sahaja kaki ke lantai ruang bawah terus mummy memanggil untuk makan malam.
"Furqan how's your work? Tanah dekat Hulu Langat tu dah settle?" Soal daddy kepada Abang Furqan.
"Alhamdulillah dah settle. Next week kita dah boleh proceed,"
Aku diam dan hanya menyuap makan. Perut aku sungguh lapar kerana siang tadi aku hanya makan roti bakar dan air kotak di pantri pejabat.
"Dhia, kenapa kuat sangat kerja?" Soal daddy membuatkan mulutku terhenti mengunyah. "Hari ni hari sabtu, orang kerja half-day tau. Ini kamu pukul lapan baru nampak dekat rumah,"
"Err... Dhia, nak siapkan kerja awal. Tak nak tangguh-tangguh," Jawab aku perlahan.
"Tapi jagalah diri tu. After you finished degree terus Dhia kerja. Tak rehat langsung. Tak penat ke?" Soal daddy lagi.
"Daddy, Dhia sambung degree for this. Dhia nak kerja, and I want to achieve my goals. Penat tu semua belakang kira la," Jawab aku lalu mencedok kuah sardin ke dalam pinggan.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...