3. Dunia Kecil

12.2K 413 7
                                    

"Nanti kalau Dhia cuti datanglah jenguk tokwan. Kadang-kadang tokwan rasa sunyi bila maksu pergi kerja," Mengadu tokwan kepada aku di hadapan pintu.

"Nanti kalau Dhia cuti, Dhia balik kampung. Tokwan jangan risau," Ujar aku sambil memeluk tokwan.

"Kamu Furqan, dah berumah tangga jaga isteri elok-elok. Nafkah jangan lupa," Pesan tokwan kepada Abang Furqan dan Kak Adhwa.

Aku hantar mereka sehingga ke kereta. Menolong memasukkan beg ke dalam booth, "Maksu drive elok-elok tau," Pesan aku kepada maksu.

"Ya la,"

Sebaik mereka keluar dari kawasan rumahku aku masuk semula ke dalam. Tinggal lagi satu keluarga yang ada di dalam rumahku ini. Mak cik bawang.

"Dhia, nak sarapan tak?" Soal mummy apabila aku memasuki ruang dapur. Mata aku kerlih pada meja makan yang mempunyai keluarga mak long di situ.

"Tak apalah, tak lapar," Ujar aku lalu mencapai sebuah cawan dan membancuh susu lalu aku capai tiga biji kurma. Memang sudah menjadi rutin harian aku bersarapan begini jika tidak mahu bersarapan dengan makanan berat.

"Dia terasa dengan ibu la tu..." Suara anak menantunya kedengaran apabila aku melangkah keluar dari arah dapur.

"Eh kenapa tak makan dekat meja?" Soal Kak Adhwa apabila dia melihat aku membawa susu ke ruang tamu.

"Ada mak cik bawang kak dekat sana," Jawab aku ringkas.

Aku lihat wajah Kak Adhwa berkerut, "Mak cik bawang?"

"I'll tell you later sayang," Ujar Abang Furqan kepada isterinya yang masih tidak tahu apa itu istilah mak cik bawang.

Pada tengahari itu, aku bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Melisa sebentar. Ketika aku mencari kasut aku terlihat ada sepasang mata memerhati. Suami Mieza atau lebih dikenali dengan Aizat.

"Apa pandang-pandang?" Soal aku kasar sebaik aku melihat dia memerhati aku lama.

"Saya minta maaf bagi pihak mak mentua saya pasal apa yang dia dah cakap semalam," Ujar dia tiba-tiba sambil berjalan ke arah aku.

"Saya kenal mak long lagi lama dari awak kenal dia. Hari ni makan pedas, esok makan lagi. Kirim salam dekat dia, kut-kut saya tak sempat jumpa dia bila dia balik nanti," Ujar aku lalu terus mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah itu.

Sebaik aku ditengah jalan aku mula mendail nombor Melisa, "Hello Mel, aku on the way ni,"

"Ala babe! Sorry aku lupa nak bagi tau. Adik aku demam aku kena jaga dia,"

Aku kerut dahi, "Ala, parents kau? Abang kau?"

"Parents aku pergi melawat orang sakit. Nak harap abang aku jaga? Memang tak la!"

Aku mengeluh, "Okaylah. Aku keluar sorang la macam ni," Tak akan aku mahu berpatah balik pulang ke rumah.

Terus aku memandu ke arah shopping mall. Apa je yang aku boleh buat seorang diri selain dari window shopping?

Aku masuk ke Secret Recipe. Dah lama tak makan di sini. Tiba-tiba tekak teringin nak makan western.

"Saya nak chicken cordon blue dengan ice lemon tea," Pesan aku kepada pelayan itu. Sebaik dia beredar aku mula membuka telefon.

Aku cuba untuk menghiburkan hati sendiri dengan telefon pintar ini. Hanya mampu melihat gambar perkahwinan Abang Furqan dan Kak Adhwa dua hari lepas. Tiba-tiba aku tersenyum sendiri melihat telatah sanak saudaraku semalam. Yang kecil, yang muda dan yang tua.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now