9. Petua Atuk

11.7K 337 4
                                    

"Tokwan mana maksu?" Soal aku apabila melihat hanya maksu seorang yang keluar dari kereta.

"Tokwan tak sihat Dhia. Lagipun maksu datang hari ini je. Esok pagi maksu nak balik dah," Beritahu maksu, "Tapi ni tokwan ada bagi bahulu," Aku senyum apabila melihat bahulu di tangannya.

Malam ini adalah majlis akad nikah aku bersama Zaffarin. Akad nikah kami buat di rumah dan kecil sahaja atas permintaan aku sendiri. Tetamu yang hadir juga adalah keluarga dan juga jiran-jiran.

"Dhia, kenapa tak siap lagi? Lepas Isyak tok kadi nak sampai tau," Beritahu mummy. Walaupun sekarang sudah jam tujuh setengah malam tapi aku masih lagi belum bersiap. Baju pengantin yang mama beli masih elok tergantung.

"Mummy, Dhia minta ampun kalau Dhia lukakan hati mummy lepas ni," Entah kenapa tiba-tiba aku meminta maaf kepada mummy.

"Kenapa ni sayang? Dhia jangan buat benda yang tak elok," Mummy mengusap belakang aku.

"Dhia tak tau kenapa. Dhia takut kalau Dhia menderhaka nanti,"

Mummy menggeleng, "Apa Dhia merepek ni? Sekarang bersiap. Nanti mummy suruh maksu hias Dhia," Ujar mummy sambil menepuk pehaku.

Wajahku dihias oleh maksu dengan kepakaran solekannya yang tidak pernah menghampakanku. Selesai bersolek aku menyarung baju kurung moden berwarna krim. Mummy meminta aku memakai tudung malam ini dan aku hanya ikutkan sahaja.

Mummy menjemputku turun saat majlis mahu bermula. Tok kadi telah tiba serentak bersama Zaffarin. Jantungku berdegup laju saat menuruni tangga dan tetamu semua memandang aku.

Mata aku tertancap pada mak long dan Mieza. Mak long pula hanya sekadar senyum melihat aku manakala anaknya Mieza itu memandang aku serong. Dah kenapa kau?

Aku duduk di belakang Zaffarin. Sungguh dia nampak kacak malam ini, tak tipu. Maksu disebelah sempat berbisik, "Handsome-nya suami Dhia," Aku hanya senyum segaris. Nampaknya bukan aku seorang yang perasan ketampanannya malam ini.

Air mata aku mengalir sebaik aku sah mejadi miliknya. Aku sudah jadi isterinya dan aadakah aku akan berjauhan dengan mummy dan daddy nanti? Mummy memelukku dari tepi dan aku mencium pipi mummy, "Cuba jadi isteri yang terbaik Dhia,"

Jantungku bergedup laju saat Zaffarin berpusing ke belakang memandang aku. Mummy menghulurkan cincin kepada Zaffarin untuk disarung ke jari manisku. Selepas disarung, disuruh aku oleh mummy untuk mencium tangan milik Zaffarin. Lagi jantung aku berdegup laju saat Zaffarin mula mendekatkan bibirnya di dahiku.

Satu perasaan yang tidak pernah aku rasa.

"Eh lamanya Zaffarin. Dah-dah la tu. Sambung dalam bilik pula," Usik maksu sebaik mereka perasan lama Zaffarin mengucup dahiku. Semua yang dekat dengannya tertawa mendengar kata-kata dari maksu. Termasukalah aku.

"Baik maksu, nanti saya sambung dalam bilik," Merah padam wajahku saat Zaffarin berkata begitu.

Selesai majlis akad nikah, tetamu semua berada di luar rumah untuk makan di bawah khemah. Aku pula hanya mampu duduk bersama Melisa yang cantik berjubah biru.

"Cantiknya kawan aku ni," Puji Melisa.

Aku hanya senyum, "Mel, betul ke apa aku buat ni?"

Melisa mengehela nafas, "Dhia, betul atau tidak itu bukan silap kau. Tapi itu takdir kau. Kau dah jadi isteri dia. Kau kena patuh dengan dia,"

"Tapi Mel..."

"Dhia, memang susah untuk kau sayangkan Zaffarin. Tapi percayalah cakap aku, bila dah sayang kau susah nak lepaskan," Tambah Melisa lagi.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now