Special Edition III

8.1K 265 15
                                    

Aku duduk di gazebo seorang diri. Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh Mateen menghilang. Medina pula, baru hari ini dia betul-betul sihat dan sudah ke sekolah. Lama betul dia demam sehingga dua kali Zaffarin membawa dia berjumpa doktor.

Bila ditanya doktor, jawapannya sama; demam panas biasa.

Kuat betul ikatan kembar dia. Apalah Mateen sedang lakukan sekarang. Sihatkah dia? Sudah makan ke dia?

"Sayang," suara Zaffarin yang memecahkan kesunyian di situ membuatkan aku terkejut.

"Bila awak balik?" soal aku. Sudah masuk waktu tengahari. Mungkin dia pulang untuk makan.

Zaffarin senyum lalu dia duduk disebelahku, "Baru je. Dari dalam kereta lagi saya namapak awak tengah termenung. Awak fikir apa?" dia menyentuh kedua-dua pipiku.

"Apa lagi yang saya harus fikir selain dari Mateen?"

Aku dengar Zaffarin mengeluh. Mungkin penat untuk dia nasihat perkara yang sama hampir setiap hari. Nasihatlah bagaimana pun, susah untuk aku bertenang. Dalam hati sentiasa rasa resah dan gelisah.

Zaffarin memeluk aku, "InsyaAllah sayang, kita akan jumpa dia lagi,"

"Saya harap bila kita dah jumpa dia, dia dalam keadaan sempurna. Sama macam kali terakhir kita tengok dia,"

Tak lama kemudian, aku lihat ada sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah kami. Sebuah Myvi hitam. Keluar si penumpang yang sudah lama aku tidak berjumpa. Mieza dan Aizat serta tiga orang anaknya.

Beberapa selepas Mieza habis belajar, Aizat kembali datang berjumpa dengannya bersama isteri pertama. Tujuannya datang untuk rujuk Mieza semula untuk kembali bersamanya. Isteri pertamanya telah menghidap kanser perut tahap empat. Jadi impian isterinya untuk Mieza kembali menjadi isteri Aizat menggantikan tempatnya.

Dan dia sudah meninggal beberapa bulan selepas Aizat bernikah dengan Mieza. Indahnya takdir tuhan. Mieza mendapat seorang anak perempuan bersama dengan suaminya. Jadi jumlah anaknya adalah tiga campur dengan dua orang anak tiri.

"Assalamualaikum, akak sihat?" Mieza datang kepadaku lalu dia berlaga pipi denganku.

"Waalaikumusalam. Akak sihat. Jomlah masuk,"

Selepas mereka masuk. Mummy menghidangkan air dan juga kuih untuk mereka berlima.

"Macam mana boleh hilang?" soal Aizat.

"Medina kata dia keluar sekolah pergi beli aiskrim, tahu-tahu je dah hilang," jawab Zaffarin.

"Ya Allah! Bahayanya! Patutnya sekolah tak boleh izinkan orang-orang menjual dekat luar tu. Tengok sekarang apa jadi, siapa yang nak bertanggungjawab?" giliran Mieza pula meluahkan rasa.

Aku menggeleng, "Salah akak juga. Kalau akak cepatkan atau cancel meeting tu, tak adalah akak lewat jemput diorang,"

Mieza mengeluh. Pada pendapat aku, sepatutnya tiada salah sesiapapun kecuali si penculik. Kenapa perlu ada manusia berhati kejam di bumi ini?

"Akak sabar okay. Mieza yakin, Mateen mesti selamat,"

Aku senyum tawar.

Pada petang itu, kami masih punya tetamu. Dato' Tengku Amzar dan juga Datin Rai. Mendengar khabar tentang kehilangan Mateen, dia juga turut bersimpati. Jadi mereka datang melawat kami di rumah mummy.

Tapi membuatkan aku pelik, mengapa mereka datang berdua sahaja?

"Muzaffar bagitahu dia nak pergi Kelantan. Nak jumpa kawan dia dekat sempadan," jawab Datin Rai apabila mendapat soalan dari daddy tentang Muzaffar.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now