29. Pergi Dulu

9.2K 330 10
                                    

Kebetulan selepas solat Isyak di masjid ini. Ada majlis bacaan Yassin dan tahlil. Sedikit gembira hatiku kerana aku tidak perlu pulang saat ini bertemu dengan mereka yang berada di rumah. Apabila aku melihat perempuan itu, hatiku jadi sakit.

Usai majlis bacaan yassin itu tamat. Aku masih lagi duduk bersimpuh di saf yang aku solat tadi sementara yang lain sedang menjamu selera. Memegang tasbih masjid sambil bibirku terkumat-kamit beristigfar. Sedaya upaya aku cuba untuk lupakan perkara yang terjadi tadi.

"Adik?" Aku menoleh ke arah suara itu. Seorang wanita bersama dengan anak kecil berusia lingkungan 5-6 tahun.

"Ya?"

"Adik tak nak balik ke? Semua orang dah nak balik," Soal wanita itu.

Aku memandang sekeliling. Bahagian lelaki sudah gelap. Tinggal aku sahaja di sini?

"Nasib baik akak tegur. Saya tak perasan," Ujar aku sambil aku membuka telekung yang aku pakai.

Wanita tadi itu kekudiannya duduk di sebelahku, "Nama siapa?" Soal dia.

"Dhia Khaira,"

"Eh? Nama akak ni samalah dengan adik," Ujar akak itu tiba-tiba kepada anak kecil itu.

"Ini anak akak?" Soal aku.

Lalu dia menggeleng, "Anak buah. Nama dia Dhia Sofea,"

"Nama akak?"

"Intan,"

Aku mengangguk, "Akak duduk dekat mana?" Soal aku sambil tanganku masih lagi ligat melipat telekung.

"Kampung Baru," Jawab Kak Intan.

"Kampung Baru? Jauh juga dari sini, kan? Macam mana akak boleh sampai dekat sini?" Soal aku ingin tahu.

Kak Intan senyum.

"Akak datang sini nak melawat mama dengan papa akak. Rumah dia dekat je dengan masjid ni,"

Aku mengangguk, "Yang ini siapa siapa?"

"Sofea ni anak kakak sulung akak. Dulu masa kakak sulung akak kahwin, mama tak restu. Dia tak bagi langsung kakak sulung akak jejak rumah tu," Ujar Kak Intan.

"Selepas setahun Sofea lahir, kakak sulung akak dengan suami dia meninggal. Dia amanahkan akah untuk jaga Sofea sebelum dia pergi,"

"Masa Sofea kecil, akak bawa dia jumpa mama, tapi mama tak nak tengok muka Sofea. Suruh akak hantar Sofea ke rumah anak yatim, tapi akak tak sanggup. Kemudian mama kata, kalau nak juga jaga Sofea, keluar dari rumah tu. Dia halau akak," Dapat aku dengar sedu tangisan Kak Intan. Air matanya menitik namun cepat-cepat dia lap.

"Mama akak masih tak terima Sofea?"

Kak Intan menggeleng, "Walaupun Sofea dah besar, tetap tak buka pintu hati mama untuk terima cucu dia,"

Masih ada lagi rupanya orang sebegini. Ku pikir hanya dalam drama, "Jadi Kak Intan nak balik macam mana ni?"

"Akak order grab kejap lagi," Jawab Kak Intan.

Aku termenung. Grab? Dari sini ke Kampung Baru hanyalah kurang dari 30 minit. Tak salah rasanya kalau aku hantar mereka pulang.

"Kalau macam tu, jom Dhia hantar akak dengan Sofea balik," Pelawa aku.

"Eh tak apalah. Akak boleh balik sendiri," Ujarnya.

"Tak apa. Lagi pun dah malam, bahaya akak balik berdua macam ni," Ujar aku pula.

Kak Intan tersenyum, "Terima kasih," Ucap dia.

Lalu kami sama-sama keluar dari ruang wanita itu lalu ke tempat letak kereta. Saat aku ingin menghampiri kereta aku ditegur oleh salah seorang ustaz kenalan daddy, yakni menjadi imam masjid ini tadi.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now