7. Dunia Terhenti

11.3K 362 9
                                    

Aku mengeluh sebaik aku mencari parkir di luar bangunan. Aku jarang parkir di basement kerana aku sering balik lambat dari pejabat, jadi aku agak takut. Tetapi hari ini nampaknya aku harus juga ke basement kerana tiada parkir untukku.

"Eh? Sejak bila parkir basement?" Soal daddy apabila kami terserempak di dalam lif.

"Tak ada parking dekat bawah,"

"Baguslah tu, tak adalah balik lambat lagi nanti," Jawab daddy sinis membuatkan aku memandang daddy tajam.

Apabila aku tiba di lobby cepat-cepat aku jalan dan meninggalkan daddy di belakang lalu aku berjalan ke arah lif untuk naik ke atas. Aku membuka telefon sebaik ia berbunyi.

From: Encik Dompet
Time: 8.54am
I don't know why, I feel like something happen bad gonna be today...

Aku kerut dahi. Naluri lelaki dia lagi?

To: Encik Dompet
Time: 9.00am
For now, nothing happened yet. Don't worry, okay?

Aku terus berjalan masuk ke dalam bilikku. Apabila aku lalu di hadapan meja Nina aku berhenti, "Masuk bilik saya,"

Nina mengikut aku dari belakang. Masuk sahaja di dalam bilik aku terus duduk dan memandang meja Abang Furqan. Masih belum masuk.

"Hari ni saya ada schedule?"

Nina membuka buku notanya, "Hari ni Cik Dhia free cuma pukul tiga nanti Cik Dhia kena pergi Gombak untuk visit site yang sepatutnya almost done 80 percent," Beritahu Nina, "Lepas tu Cik Dhia, Encik Firdaus dan Datuk Kamal ada lunch appointment dengan Dato' Tengku Amzar," Tambah Nina lagi membuatkan aku tersentak.

"Saya wajib pergi ke?"

Nina menggeleng, "Saya tak tahu Cik. Ini permintaan Datuk Kamal dan Dato Amzar,"

Aku mengeluh dan aku urut batang hidungku, "Ada apa-apa lagi?"

"Itu sahaja, saya keluar dulu ya cik,"

Aku tersandar di kerusi. Kalau ada Dato Tengku Amzar, semestinya ada Tengku Muzaffar. Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Boleh tak aku mahu balik tengahari ni?

Menjelang tengahari, aku masih lagi fokus dengan kerjaku. Tiba-tiba daddy masuk ke dalam bilikku membuatkan aku mahu mengeluh. Pasti mahu menjemputku untuk makan tengahari.

"Hurry up. Tengku Amzar dah tunggu kita," Ujar daddy sambil membutang kot yang dipakai.

Aku lihat Abang Furqan sedang mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja. Aku pandang daddy, "Kalau Dhia tak pergi tak apa, kan?"

"Kenapa pula tak nak pergi?"

"Dhia malas la. Lagipun Dhia dah janji dengan Zaffarin semalam," Jawab aku perlahan. Aku sudah tiada idea untuk membohong apa lagi, "Lagipun ni projek under abang, bukan under Dhia," Tambah aku lagi.

Daddy menghela nafas, "Only this time okay?" Aku senyum mendengar jawapan dari daddy.

Aku tetap turun ke basement. Berlakon untuk keluar makan tengahari disamping aku mahu mencari parkir di bawah. Tak adalah nanti aku takut kalau aku pulang lewat.

Sebaik aku turun ke bawah terus aku masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari basement. Akhirnya aku dapat juga parkir di kawasan luar ini. Tetapi agak tersorok. Kalau aku panggil pak guard memang tak akan dia dengar.

Tiba-tiba telefonku berdering.

"Hello,"

"Hello Dhia awak dekat mana?"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now