4. Parasailing

11.5K 378 5
                                    

Aku mula berasa serabut. Tak akan aku harus duduk di rumah sahaja sepanjang cuti yang papa beri? Melisa pula tidak dapat mengambil cuti untuk menemaniku. Ke mana harus aku pergi?

"Dhia," Aku pandang ke pintu sebaik ada yang menyeru namaku.

"Yes mummy?"

Mummy masuk ke dalam bilikku lalu dia duduk di sebelahku dekat atas katil. Dihulurnya satu sampul surat, "Ini tiket flight ke Langkawi, dan mummy dah print resit resort. So just go,"

Aku mengeluh. Segalanya sudah disiapkan? Macam menghalau aku keluar dari rumah pula.

"Mummy tau Dhia tak suka but, mummy tak ada pilihan. Mummy tak nak anak mummy bekerja terus sampai lupa keperluan diri, lupa yang sepatutnya harus cari suami, lupa kesihatan," Mummy mengusap kepalaku, "Dhia pergi je. Semua urusan mummy dah settlekan,"

Memang sebelum ni aku pernah pergi Langkawi seorang diri tapi itu atas urusan kerja. Sekarang ni atas urusan apa?

Aku terus bangun mengambil beg roda dan mengisi pakaian untuk aku pakai sepanjang empat hari tiga malam. Peralatan keperluan aku letak siap-siap kerana mummy yang akan menghantar aku ke lapangan terbang pada pukul sepuluh pagi esok.

###

"Dhia dah sampai depan resort," Ujar aku sebaik mummy menelefon aku tepat-tepat ketika kaki aku menjejakkan kaki di resort tersebut.

"Okay sayang. Tempahan tu atas nama daddy tau,"

"Okay. Dhia nak check in dulu. Bye," Aku mematikan telefon. Aku masuk menuju ke receptionist. Agak ramai juga orang di sini.

"Selamat tengahari Cik ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal perempuan itu yang memakai tanda nama bernama Bella.

"Erm daddy saya ada booked bilik dekat sini atas nama Muhammad Kamal," Ujar aku kepada dia sambil menghulurkan kertas yang diberi oleh mummy malam tadi.

"Okay sebentar ya Cik," Aku senyum. Aku lihat sekeliling cantik resort ini. Masih sama seperti yang dahulu ketika aku datang atas urusan kerja, "Cik Dhia Khaira. Isi borang ni, nama, nombor IC dan nombor telefon," Aku angguk dan aku isikan sahaja.

"Ini kunci bilik dan voucher untuk sarapan dan juga makan malam untuk sekali. Kalau ada apa-apa masalah, boleh call kami," Ujar perempuan itu. Aku ambil kunci dan aku angguk.

Selepas aku ucap terima kasih terus aku berpatah balik ke arah kereta sewa dan aku ambil begku. Badan aku letih aku mahu berehat sebelum aku akan merayau pada petang ini.

Ketika aku mahu mengunci kereta ada seseorang melanggar aku sehinggakan aku terlepas kunci kereta tersebut, "Aduh! Jalan tu elok-elok la sikit!" marah aku kepada dia. Tengah mood aku tak elok, ada pula yang melanggar. Memang dimaki la cerita dia.

"Maaf, saya tak sengaja," Ujar lelaki tersebut. Mata aku terbuntang sebaik aku melihat lelaki yang melanggar aku itu, "Dhia. Jumpa lagi kita kan?" Kata lelaki itu.

Aku masih terpaku melihat Zaffarin di depan aku. Tiba-tiba jantung aku berdegup laju.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Soal dia sebaik dia perasan bahawa aku memandang dia tak berkedip.

"Saya tak percaya dapat jumpa awak dekat sini,"

Zaffarin ketawa, "Mungkin ada jodoh?"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now