Aku membuka mata sebaik aku rasa seperti ada yang mengusap rambutku. Kepalaku masih pening. Apabila aku menoleh ke kanan, terlihat mummy sedang membelai rambutku.
"Mummy," Aku menyeru nama itu.
"Ya sayang? Dhia nak apa-apa?" Soal mummy apabila aku sudah membuka mata dan lantas aku menggeleng.
"Mana Zaf? Kenapa dengan dia?" Soal aku ingin tahu.
Aku nampak wajah mummy yang resah apabila aku menyoal soalan itu kepadanya, "Dhia rehat dulu. Mummy tak ada jawapan untuk tu,"
Aku mengeluh. Kenapa ni? Mana pergi suami aku? Kenapa dengan suami aku? Mahu sahaja aku meraung saat ini.
"Mummy jangan buat Dhia macam ni. Mana Zaf? Kenapa dengan dia?" Soal aku sekali lagi. Air mata mula menitis keluar.
"Sayang, mummy tak tahu," Ujar mummy.
"Tak tahu? Kenapa mummy telefon Dhia tadi?"
Mummy menggeleng.
Aku mengeluh. Di mana Zaffarin? Kenapa dengan dia? Ada kena mengena mesej siang tadi yang aku dapat tentang Zaffarin? Apa dah jadi?
Air mata aku menitis lagi.
Akibat kepalaku yang berdenyut, mataku menjadi berat dan sekelip mata, pandangan gelap.
###
"Sampai hati awak buat saya macam ni. Awak tipu semua orang, awak tipu saya," Ujar Zaffarin dalam tangisan. Tanganku pula ligat mencapai dua tiga helai baju dan masukkan ke dalam beg galas.
"Saya dah pernah cakap dengan awak dulu, saya tak janji untuk jadi isteri awak dan menyayangi awak. Saya tak sayangkan awak Zaffarin!" Ujar aku pula lalu terus aku turun ke bawah menuju ke bawah.
"Dhia! Dhia nak pergi mana ni sayang?" Giliran mummy pula merayu sambil menarik tanganku.
"Lepaskan Dhia mummy!" Aku mengertak sehingga mummy terjatuh.
"Dhia lupa apa yang Dhia bagi tau mummy? Dhia sayangkan Zaffarinkan? Kenapa Dhia nak tinggalkan kami?" Soal mummy lagi dalam tangisan dan dalam pangkuan daddy.
"Dhia saja cakap macam tu. Nak sedapkan hati mummy. Apa yang Dhia cakap dekat mummy hari tu, Dhia tipu! Maafkan Dhia,"
Aku terus berjalan menuju ke arah pintu. Sambil kakiku melangkah, sambil aku mendengar jeritan mereka ahli keluargaku menyeru namaku termasuklah Zaffarin.
"Dhia minta maaf," Ujar aku perlahan sendiri.
Kaki aku terus melangkah ke arah kereta milik Muzaffar yang sedang tersenyum menungguku di dalam kereta. Air mata menitik laju saat aku menghampiri kereta itu.
"Dhia minta maaf,"
"Dhia?" Aku rasa seperti kepalaku dibelai lembut.
Muzaffar membelai kepalaku, "Good!"
Tiba-tiba aku mendengar suara Zaffarin begitu rapat ditelingaku, "Sayang bangun,"
Dahiku berkerut seribu. Muzaffar pula terus menekan minyak kereta.
Aku membuka mata. Nafasku naik turun. Mataku memandang sekeliling. Aku masih di hospital dan kepalaku sedikit berdenyut.
"Sayang?"
Aku menoleh ke arah kanan. Zaffarin di sebelahku memandang aku risau apabila aku tiba-tiba panik begini. Bibirku ukir senyum dan lantas aku memeluk dia. Air mata aku mengalir. Bersyukur kerana Zaffarin tidak ada apa-apa dan tangisi maksud mimpi aku tadi.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...