Special Edition II

6.7K 222 13
                                    

"Sayang, stop crying. Kalau awak menangis Medina pun menangis juga," ujar Zaffarin sambil dia menggosok belakangku.

Kami baru sahaja membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan dengan sekolah Mateen dan Medina. Tak henti-henti air mata aku mengalir, tak senang duduk dibuatnya dan resah semakin menebal.

"How can I stop Zaf? Mateen anak kita! Anak kita hilang!"

Medina yang duduk di sebelahku juga mengalirkan air mata. Aish Mateen anak sulung aku. Anak yang aku kandungkan selama sembilan bulan. Amat sukar untuk aku lahirkannya dahulu. Jadi bagaimana harus aku bertenang?

"I know sayang. Awak nangislah macam mana pun masalah tak akan selesai. Kita kena berdoa sayang. Berdoa supaya anak kita selamat," tambah Zaffarin lagi sambil dia menggengam tanganku.

"Angah, stop crying okay?"

Medina menggeleng, "Angah takut. Angah takut orang jahat ambil along," ujar dia dalam sedu tangisan.

Zaffarin beralih tempat duduk. Dilabuhkan punggung disebelah Medina pula, "Angah, dengar cakap papa. Papa nak angah berhenti menangis and berdoa okay? Minta dekat Allah untuk selamatkan along. Papa pernah cakapkan, Allah tak akan uji hambanya yang lemah,"

Mendengar kata-kata itu aku memandang Zaffarin. Seperti dia sedang nasihatkan aku.

"Jadi maksudnya angah, mama, papa and semua orang kuat. Kita kena sama-sama sabar dan berdoa, okay?" tambah Zaffarin lagi.

Medina mengangguk lalu dia kesat air mata di pipinya.

"Encik Zaffarin," panggil salah seorang anggota polis yang menghampiri kami.

"Ya tuan?"

"Kami dah dapatkan video CCTV dari pihak sekolah anak encik dan puan. Dalam video itu, kita dapat tangkap nombor plat kereta. Jadi beri kami masa untuk cari mereka," ujar polis tersebut.

"Tuan tolonglah tuan, tolong cari anak saya. Saya merayu sangat dekat tuan," ujar aku pula.

"Kami akan cuba sedaya upaya. Sekarang saya minta untuk Encik Zaffarin dan Puan Dhia balik dahulu. Apa-apa update kami akan hubungi," kata polis tersebut.

Zaffarin mengangguk, "Baiklah. Terima kasih ya," ucap Zaffarin lalu dia berjabat tangan dengan polis tersebut.

"Sayang, jom kita balik," ajak Zaffarin sambil dia cuba menarik tanganku dan Medina.

Aku berdiri lemah dan berjalan keluar dari balai lalu menuju ke arah kereta.

###

"Dhia tak nak makan mummy," ujar aku yang kali ke berapa.

Beberapa kali mummy memujuk untuk aku makan malam. Sebelum mummy, Zaffarin juga ada datang menjenguk aku di bilik tetamu ini. Tetapi apabila selepas aku sedikit meninggi suara kepada Zaffarin, barulah dia keluar tinggalkan aku sendirian. Sedikit rasa serba salah terbit di hati.

"Dhia tak boleh macam ni sayang. Kalau Dhia tak makan, macam mana Dhia nak kuat untuk tunggu Mateen?" ujar mummy lagi. Masih cuba untuk memujukku.

Aku hanya mampu diam. Hari ini, tidak terkira berapa kali aku menangis. Berapa kali aku solat hajat memohon ampun dan kembalikan Mateen semula kepadaku dengan sempurna keadaannya seperti mana kali terakhir aku melihatnya.

"Dhia Khaira..."

"Mummy tak faham! Mummy tak faham apa Dhia rasa!"

Mummy terus datang ke arah aku lalu kedua-kedua pipiku dia sentuh, "Dhia, mummy faham sangat-sangat perasaan Dhia," mummy usap pipiku lalu dia memegang kedua-kedua tepi bahuku pula.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now