17. Candle Light Dinner

10.2K 303 8
                                    

"Kenapa tragis sangat kisah suami kau ni?" Ujar Melisa sambil mengunyah makanannya. Sepanjang kami makam tengahari, tak henti-henti aku bercerita tentang Zaffarin dan kejadian yang berlaku di Kelantan.

"Dialah manusia yang mampu untuk membuatkan aku rasa bersyukur. Dari kecil aku hidup senang, tak perlu susah payah nak belajar, nak cari kerja. Tapi dia? Dia ubah segalanya persepsi dalam hidup aku. Ramai lagi orang yang susah dekat dunia ni,"

"So, Dhia yang aku kenal keras kepala dulu dah lembut la ni?"

Aku pandang Melisa tajam, "Bila masa aku keras kepala? Aku membantah pada sesuatu perkara je eh,"

"Eh, ya la tu,"

Tiba-tiba aku teringat tentang mesej-mesej yang aku terima semasa di Kelantan, "Mel,"

"Yes?"

"Kau ingat tak, kau pernah cerita dekat aku pasal Muzaffar aku terus cuba dapatkan aku?"

"Ya, kenapa? Dia kacau kau ke? Dia buat apa dekat kau Dhia?"

Aku geleng, "Dia tak buat apa-apa. Cuma, masa aku dekat Kelantan aku dapat mesej," Aku buka telefon lalu aku tunjukkan pada Melisa.

Berkerut dahinya membaca mesej-mesej yang aku dapat, "Mel, Zaffarin tau tak tentang mesej ni?"

"Itulah yang aku risau,"

"Maksud kau?"

"Aku tak bagi tau Zaffarin. Aku takut kalau dia tahu sendiri. Aku tak tau macam mana nak bagj tau dia pasal mesej ni," Ujarku. Terus air yang baki air yang ada diteguk.

"Dhia, tak kisahlah apa cara sekalipun, kau kena bagi tau Zaffarin. Bahayalah Dhia. Kalau betul ni dari Muzaffar, tak ke susah kau nanti?" Ujar Melisa. Sungguh nampak wajah risau terbit di raut wajahnya.

"Nantilah. Kalau lagi sekali aku dapat mesej ni, aku bagi tau dia,"

Melisa angguk lalu kami sambung makan saki baki makanan yang masih tinggal di dalam pinggan. Lagi tiga puluh minit nak pukul dua. Aku pula ada mesyuarat jam dua setengah petang nanti.

"Erm Dhia,"

Aku yang sedang mengunyah memandang Melisa sambil mengangkat kening.

"Kawan Zaffarin yang nama Amirul tu kan, dia... dah kahwin ke?" Soal Melisa malu-malu membuatkan aku rasa seperti mahu sahaja menghempuk dia di dinding.

"Kau ni dah kenapa ngada-ngada macam ni?" Soal aku apabila sedikit meluat melihat Melisa yang bersifat tergedik-gedik menyoalkan tentang Amirul.

"Ala Dhia, aku sebenarnya berkenan dekat dia dari start kita dinner sama-sama dulu," Ujar Melisa sambil jarinya diseretkan pada meja.

Aku kerut dahi. Bukan aku pelik kerana Melisa berminat dengan Amirul, tetapi pelik kerana perangainya yang tiba-tiba menjadi gedik sebegini. Apa aku harus manampar wajahnya?

"Eh Dhia kan? Isteri Zaffarin?" Tiba-tiba ada yang menyapa aku dari belakang.

Bagai takdir Tuhan, Amirul berada di hadapan kami, "Eh Amirul, panjang umur awak kan?" Ujarku. Aku pandang Melisa, matanya pula seolah-olah ada sinaran bintang apabila melihat Amirul kala ini.

"Panjang umur? Awak mengumpat pasal saya ke apa?" Soal Amirul.

Aku geleng, "Jemputlah duduk," Pelawa aku padanya.

"Eh tak apalah, saya baru je habis makan. Dari tadi lagi dah nampak awak,"

"Oh, skodeng la ni?"

Dia ketawa, "Tak adalah. Erm, saya pergi dulu. Kirim salam dekat Zaffarin," Ujar dia.

Aku angguk sebelum dia berlalu pergi. Memerhati tubuhnya yang sedang melintas jalan lalu aku beralih pandangan ke arah Melisa. Wajahnya aku lihat sudah monyok, "Kau ni dah kenapa?"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now