25. Sakit Hati

8.6K 303 15
                                    

Pagi itu aku terjaga lebih awal dari Zaffarin. Aku menoleh jam sudah menunjukkan jam lima pagi dan Zaffarin masih lagi nyenyak tidur sambil tangannya melingkari pinggangku.

Wajahnya aku renung lama. Raut wajahnya cukup membuatkan semua orang tertarik. Hidung mancungnya itu aku sentuh, kemudian pipinya aku belai. Bibirnya pula aku perhati, cukup gebu dan boleh membuatkan aku lemas dengan ciumannya.

Apabila puas aku merenung, aku menolak tangan Zaffarin perlahan dari memelukku. Terganggu dengan sentuhanku, dia beralih badan mengereng membelakangiku. Kemudian aku bangun lalu ke bilik air.

Usai membersih diri, aku menyiap memakai telekung dan pergi bilik tetamu. Bilik itu adalah bilik yang pernah mummy jadikan bilik pengantinku dahulu.

Aku bentang sejadah lalu aku membaca niat dalam hati. Takbir aku angkat lalu aku mulakan solat tahajjudku. Ingin mengadu kepada Tuhan. Selesai, aku mengangkat tangan membaca doa. Ketika itu aku berasa seperti hati dan jiwaku tenang-setenang-tenangnya.

Apabila jam sudah hampir pukul enam pagi, aku berlalu ke bilikku semula. Mahu mengejutkan Zaffarin untuk subuh. Aku terkejut apabila aku masuk ke bilik, Zaffarin tiada di katil. Dia sudah bangun. Bunyi air yang jatuh ke lantai, aku pasti dia sedang mandi.

Aku bersandar di kepala katil sambil sementara menunggu Zaffarin siap mandi. Mataku pejam seketika. Luka di tepi perutku tiba-tiba terasa pedih yang teramat. Mungkin sebab malam tadi aku lupa nak sapu krim.

"Sayang, saya dah siap. Jom solat,"

Aku hampir terlelap sementara menunggu Zaffarin. Apabila aku membuka mata, Zaffarin sudahpun bersiap dengan baju melayu dan songkok tersemat di kepala.

Aku bangun dan berdiri di belakangnya menjadi makmum.

"Allahu akhbar,"

Aku niat solat subuh dalam hati, lalu takbir aku angkat dan tumpuanku beri sepenuhnya kepada Tuhan.

###

"Sayang, telefon awak berbunyi tu," Ujar Zaffarin ketika menolong aku menyapu krim di tepi perut ku itu.

Pagi tadi ketika solat subuh, masing-masing meminta maaf. Zaffarin meminta maaf kerana buat aku tersinggung, dan aku pula meminta maaf kerana tarik muka sehingga begitu.

"Hello," Sapa aku sebaik menekan butang accept.

"Hello Dhia! Kau sihat?" Soal Melisa.

"Sihat Mel. Kau sihat?" Bibirku mengukir senyum saat mendegar suara Melisa.

"Aku sihat je ni. Aku rindu kau sangat-sangat. Petang ni aku nak datang boleh?" Soal Melisa.

"Boleh. Datang je. Aku ada dekat rumah ni," Ujar aku kepada Melisa. Terdengar suaranya yang gembira itu.

"Okay babe! Aku datang kejap lagi. Kau tunggu tau," Ujar Melisa.

Sunggu aku rindukan Melisa. Dialah kawan baik aku dunia akhirat.

Sebaik aku letakkan telefon di tepi, Zaffarin sudahpun menyiap menyapu krim dan menampal plaster di tepi perutku yang luka itu, "Melisa nak datang?" Soal Zaffarin.

Aku mengangguk, "Kejap lagi,"

Tiba-tiba pintu diketuk. Masing-masing memandang ke arah pintu dan aku lantas bangun untuk membuka pintu, "Saya buka kejap,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now