24. Kecil Hati

9K 373 18
                                    

"Dhia! Macam mana sekarang? Sihat?" Tokwan datang menerpa ke arahku. Perasaan ingin tahu yang datang tadi aku letak jauh-jauh.

Aku mengangguk, "Sihat dah tokwan. Cuma luka tepi perut ni pedih sikit," aku mengadu. Aku mengikut tokwan duduk di ruang tamu.

Seorang demi seorang ahli keluargaku aku salam. Apabila tiba di hadapan mak long aku memberikan satu senyuman selepas aku menyalamnya. Aku duduk di sofa dua bersama Zaffarin.

"Dhia okay ke tak ni?" Soal maksu apabila melihat aku sedikit kekok.
"Okay, cuma sakit sikit,"

"Tak apalah kalau macam tu Dhia naik dulu. Nanti malam kita sembang," Ujar acu.

"Zaffarin bawalah Dhia naik," Arah mummy.

Zaffarin serta merta memimpin aku naik ke atas. Apabila tiba di bilik aku duduk di atas katil lalu aku termenung. Tiba-tiba hatiku rasa tidak sedap.

"Sayang? Kenapa ni?" Soal Zaffarin apabila punggung telah dilabuhkan disebelahku.

Aku menggeleng.

Zaffarin merenung aku, "Kenapa sayang?" Apabila soalan kali kedua muncul, aku harus jujur.

"Tak ada apa. Cuma rasa tak sedap hati,"

Zaffarin kerut dahi, "Kenapa pula ni? Siapa pula yang datang nak ambil awak dari saya kali ni?" Soal Zaffarin lalu dia mula berbaring dan kepalanya di atas ribaku. Bibirnya muncung sedepa.

"Bukan! Tak ada sesiapa dah nak ambil. Cuma..." Aku berjeda.

"Apa dia?"

"Mana suami Mieza?" Soal aku terus. Persoalan yang dari tadi aku cuba ingin tanya.

Zaffarin angkat bahu. Tangan kananku dia ambil dan dia bermain dengan jariku, "Pagi tadi masa saya nak pergi hospital ambil awak, mak long baru sampai. Diorang memang datang bertiga,"

Aku angguk perlahan. Mungkin betul apa yang aku rasa.

"Dahlah, jangan fikir pasal diorang. Fikir pasal saya je," Ujar Zaffarin sambil membuat muka comel.

"Eii awak ni kan!" Aku mencubit pipinya kuat.

"Ish! Sakitlah," Zaffarin menggosok pipinya sendiri lalu dia kembali duduk.

Aku hanya senyum melihat gelagatnya.

"Sayang,"

"Hurm?"

"Saya rindu. Saya rindu nak peluk awak..." Zaffarin memelukku erat, "Saya rindu nak cium awak..." Dia mencium pula dahiku, "dan saya rindu pelukan awak..." Dan kemudiannya dia menarik tanganku untuk memelilit pinggangnya.

Aku membelai pipinya. Wajahnya mula tumbuh misai dan jambang menandakan hidupnya betul-betul tidak teratur sepanjang aku hilang, "Apa terjadi dekat awak masa saya tak ada?"

Zaffarin lepaskan keluhan, "Hidup saya tak teratur. Tidur saya tak lena sebab tak ada awak nak belai saya, makan saya tak selera sebab awak tak teman. Kadang-kadang saya bangun lambat pergi kampus sebab tiada siapa yang kejut," Ujar Zaffarin perlahan.

Entah semana, air mata aku tiba-tiba tumpah. Aku tersilap percaturan, aku mahu selamatkan yang lain tapi tanpa aku sedar, aku telah melukakan hati orang yang aku sayang. Terutama Zaffarin.

"Masa awak minta saya ceraikan awak, hati saya remuk. Saya rasa saya tak berguna, saya tak dapat bahagiakan awak, saya tak dapat beri kepuasan dekat awak sampai awak sanggup minta cerai. Hati berderai," Ujar Zaffarin lagi membuatkan air mata aku memgalir laju.

Zaffarin mula mengelap air mata aku, "Bila saya dapat tahu awak buat semua ni sebab awak sayangkan saya, saya rasa terharu walaupum ego saya tercalar. Saya menyesal tak minta penjelasan dari awak malam tu juga. Kalau tak, mesti awak tak akan hilang, sayang,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now