Pada pagi itu, dia masih lagi bermasam muka denganku. Aku tidak dikejut untuk subuh. Sedar-sedar sahaja dia sudah di tahiyat akhir lalu memberi salam. Aku kecil hati kerana dia tidak mengejutku untuk berjemaah subuh bersama.
Kemudian, sebaik sahaja aku bersiap mahu sarapan, aku perasan bahawa keretanya sudah tiada. Dia sudah pergi ke tempat kerja tanpa memberitahuku.
Aku mengeluh. Hilang seleraku.
Hari ini aku terpaksa menumpang daddy ke tempat kerja. Sejak aku mengandung ini, entah kenapa aku rasa malas sangat mahu memandu. Kesesakan lalu lintas membuatkan aku jadi emosi.
"Puan, semalam saya ada dapat call dari pihak universiti. Nak jemput puan untuk beri talk. Macam mana?" Soal Nina sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilikku.
"Bila ya?" Soal aku.
"Lebih kurang dua minggu lagi,"
Aku menggeleng, "Saya tak free untuk bulan ini dengan bulan depan. Sebab dalam perancangan saya, lagi dua minggu saya akan buat Umrah dengan suami. Tapi saya tak pasti berapa hari bulan," Jawab aku.
Nina mengangguk, "Kalau macam tu, saya akan beritahu kepada pihak universiti. Kemudian nanti puan beritahu saya bila puan akan berangkat, so saya boleh adjust balik schedule puan,"
Aku megangguk. Selepas Nina memberitahu beberapa maklumat penting, dia terus keluar. Alhamdulillah hari ini aku tiada apa-apa meeting. Hari ini aku rasa tiada mood sangat.
Apabila waktu makan tiba, aku bangun lalu duduk di sofa. Tidak lapar dan tidak rasa mahu untuk makan tengahari pada hari ini. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku dan Zaffarin sering salah faham dan membawa kepada masam muka.
Aku melepaskan sedikit keluh. Perutku yang masih kempis aku usap. Apabila aku teringat pertelingkahan malam tadi, aku jadi sebak. Kenapa aku boleh bergaduh tentang itu dengan Zaffarin? Dan kenapa dia masih lagi boleh curiga tentangku dengan Muzaffar?
"Dhia?" Aku memandang muka pintu.
"Ya daddy?"
"Tak pergi makan?"
Aku mengangguk, "Pergi, kejap lagi. Dhia nak rehat dulu," Jawab aku. Kalau aku jawab aku tidak mahu pergi makan, mahu dibebelnya nanti.
"Kalau Dhia tak larat, baliklah. Jangan paksa diri," Ujar daddy.
Aku mengangguk, "Tak apa. Dhia nak rehat kejap je,"
Daddy senyum lalu dia pergi meninggalkanku.
Sejak Abang Furqan sudah naik pangkat, dia berpindah bilik lain. Bilik ini jadi milikku seorang. Kalau dia ada, bolehlah aku tapau makanan. Kadang-kala kalau dia tidak ada kerja, dia sering datang duduk di sini, menggangguku.
"Dhia Khaira," Aku menoleh ke muka pintu. Dia buat apa dekat sini?
"Awak buat apa dekat sini Zaf? Tak ada kelas ke?" Soal aku. Lantas aku berdiri.
"Saya dah minta emergency leave. Saya juga dah minta izin daddy untuk bawa awak keluar," Ujar Zaffarin.
Aku kerut dahi, "Keluar? Nak pergi mana?"
"Don't ask many questions. Ambil beg awak kita pergi sekarang. Takut tak sempat," Ujar Zaffarin lagi.
Aku angguk lalu terus ke meja. Menutup pc dan mencapai beg tanganku.
Sepanjang perjalanan aku hanya diam. Sedikit pun tak bersuara. Cuma suara dj dan penyanyi di corong radio. Entah kenapa aku rasa terlalu lama di dalam kereta. Hampir sejam sehingga aku terlelap.
Apabila aku terjaga, Zaffarin sudah memakirkan kereta. Dia membuka tali pinggan dan keluarkan buku kecil dari dashboard. Buku kecil yang diberi daddy malam tadi.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomantizmAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...