18. Game

9.5K 279 4
                                    

Aku terjaga pagi itu tepat jam lapan pagi. Pagi ini entah mengapa aku rasa begitu mengantuk sehinggakan aku sambung semula tidur selepas subuh.

Apabila aku kerlih di sebelah, katilku kosong. Tiada bunyi air dari bilik air, tanda Zaffarin tiada di situ. Kemana dia pergi?

"Zaf?" Aku cuba memanggil tetapi hatiku lebih tertarik untuk bangun dan menjengah di ruang tamu.

Tiba di ruang tamu, aku terlihat Zaffarin sedang bercakap dengan telefonnya di beranda. Aku hampirinya perlahan-lahan, mahu cuba untuk curi-curi dengar.

"So I need to go to Singapore?"

Aku kerut dahi. Untuk apa dia perlu ke Singapura?

"So when I need to settle this?" Zaffarin diam seketika, "In two week? So kalau I pergi lusa boleh?" Soal Zaffarin pada talian.

Dia mahu ke Singapura lusa? Untuk apa?

"Alright, I will tell my wife," Ujar Zaffarim sebelum dia mematikan talian.

Dapat aku dengar keluhan yang keluar dari bibir Zaffarin. Lama dia termenung memandang permandangan dari situ. Aku tidak mahu terus menerjah tentang perkara itu. Perlahan-lahan aku pergi ke arahnya lalu pingangnya aku rangkul.

"Sayang, dah bangun?" Soal Zaffarin. Terkejut aku tiba-tiba datang memeluknya.

"Dah," Jawab aku sepatah.

"Awak ada dengar apa-apa?" Soal Zaffarin lalu menoleh memandang aku.

Aku cuma angguk.

"Saya dah lama nak bagi tau. Tapi selalu terlupa," Ujar Zaffarin.

"Tak apa. Ceritalah,"

Zaffarin memusing memandang aku. Tanganku dia genggam, "Sebenarnya saya pernah tanda tangan untuk satu projek di Singapura,"

"Okay, then?"

"Pagi tadi saya cuba untuk troubleshoot dari sini tapi tak boleh. Rupanya ada masalah di induk. Jadi saya terpaksa pergi Singapura," Ujar Zaffarin.

Sesungguhnya aku tidak faham langsung apa yang dikatakan Zaffarin. Aku bukan pakar IT sememangnya. Kalau dia tipu, semestinya aku percaya.

"Saya tahu awak tak faham. Tapi saya tak tipu, saya kena ke Singapura. Kena siapkan kerja tu in two weeks. Kalau tak, saya kena pulangkan payment," Tambah Zaffarin lagi. Oh, dia tahu aku tak faham apa yang dikatanya tadi.

"Berapa lama?"

"Beberapa hari mungkin. Saya kena pergi lusa sebab lagi dua minggu, kelas dah nak mula," Ujar Zaffarin.

Aku senyum dan aku angguk, "Pergilah. Itukan kerja awak,"

Zaffarin belai rambutku, "Awak nak ikut?"

Aku menggeleng, "Tak apalah. Kalau saya ikut mesti kerja awak tak siap sebab nak layan kerenah saya. Lagipun kerja dekat office banyak lagi tak siap," Ujar aku.

"Thank you sayang," Zaffarin mencium dahiku.

Aku hanya sekadar senyum tawar. Berjauhan denganya untuk beberapa hari sungguh buat hatiku risau. Bukan tidak mahu dia pergi tapi kalau aku rindu bagaimana?

Kami keluar sama-sama tepat jam sembulan setengah pagi itu selepas makan. Katanya nak bawa aku pergi tengok wayang.

"Zaf? Ini bukan jalan nak pergi mall. Kita nak pergi mana? Kata nak tengok wayang," Soal aku apabila Zaffarin mula masuk ke kawasan lebuhraya.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now