11. Rindu Kampung

12.1K 347 5
                                    

Dari dalam kereta lagi aku sudah lihat orang tua itu apabila kami mula memasuki kawasan rumah tokwan. Sebaik kereta berhenti di laman rumah tokwan, cepat-cepat aku keluar dari kereta dan meninggalkan Zaffarin.

"Tokwan!" Aku jerit memanggil tokwan saat aku melihat tokwan di laman sedang menyiram pokok bunganya. Tubuhnya aku peluk erat.

Tokwan yang terkejut melihat aku hanya mampu membalas pelukanku, "Dhia! Kenapa tak bagi tau tokwan nak balik hari ni? Tokwan tak masak lagi," Tokwan memegang kedua pipiku.

"Assalamualaikum," Sapa Zaffarin sambil membawa kedua-dua beg kami dan menghulurkan tangan untuk menyalam tokwan.

"Waalaikumusalam," Jawab tokwan ceria, "Ni cucu menantu tokwan? Kacaknya, macam aki zaman muda-muda dulu," Sempat tokwan mengingatkan tentang aki.

Secara tak langsung terus terimbau kisah kehilangan dompet Zaffarin ketika di Genting Highland dan juga cerita dompet aki yang hilang oleh tokwan.

Tokwan menjemput kami masuk. Maksu masih belum pulang dari kerja. Nasib baik maksu dan tokwan sudah menyiapkam bilik untuk kami awal-awal. Aku pula sengaja tidak mahu memberitahu tokwan bahawa aku akan pulang ke kampung hari ini.

"Farin ni asal mana?" Soal tokwan sebaik aku selesai menuangkan air kosong sejuk untuknya.

"Er... Kelantan. Tapi Farin tak ada sesiapa dah," Jawab Zaffarin. Kenapa ada riak wajah seperti gembira saat tokwan memanggil dia dengan nama Farin?

"Jauh tu. Macam mana boleh kenal Dhia ni?" Soal tokwan lagi. Mendengar soalan tokwan aku jadi gembira tiba-tiba.

Gembira kerana kisahku berjumpa Zaffarin sama seperti kisah tokwan berjumpa dengan arwah aki. Aku yang paling teruja bercerita saat ini. Tokwan pula terkejut mendengar cerita aku, begitu juga dengan Zaffarin, "Dulu masa tokwan datang, Dhia memang nak cerita tapi tokwan dah tidur dulu,"

"Dah, kamu berdua pergi masuk bilik. Petang-petang nanti pergilah jalan-jalan kampung. Tokwan nak telefon maksu suruh beli barang dapur untuk masak makan malam ni," Ujar tokwan sambil bangun menghampiri telefon rumah yang terdapat di sebelah tangga kayu itu.

Aku membawa Zaffarin masuk ke bilik. Bilik inilah yang biasanya aku akan guna sekiranya aku tiba di kampung. Aku terus berbaring, walaupun bukan aku yang bawa kereta, tetapi entah kenapa tubuhku rasa penat.

"Saya gembira sangat Dhia," Ujar Zaffarin tiba-tiba. Aku cuma angkat kening untuk bertanya kenapa. Zaffarin baring meniarap di sebelahku, "Dulu nenek dengan atuk saya pun panggil saya Farin. Sebab tu saya terkejut tokwan panggil saya dengan nama tu,"

Oh sebab itulah aku nampak wajahnya ceria tadi. Aku cuma angguk, sungguh mataku sudah berat saat ini. Lama-kelamaan mataku terpejam rapat. Dapat aku rasakan Zaffarin memeluk aku erat.

Aku terjaga pukul lima petang itu. Mata aku gosok untuk menghilangkan ngantuk. Zaffarin tiada di sisiku dan aku tertoleh ada sesuatu kertas kecil. Aku lihat ada sticky note yang terlekat di telefonku.

Sayang,
Saya keluar jalan-jalan kampung kejap.
Awak tidur nyenyak, tak nak kejutkan awak, love you.

Aku letak nota itu di dalam handbag ku. Aku bangun lalu aku pergi arah dapur apabila aku terdengar suara maksu di dapur.

"Maksu!" Aku menyapa maksu yang sedang menyiang ikan di singki.

"Dhia kenapa tak cakap nak balik hari ni? Kalau tak, maksu boleh beli makanan sedap-sedap tau," Ujar maksu. Aku hanya sekadar senyum.

"Saja, nak buat suprise. Tak nak susahkan siapa-siapa," Jawab aku.
Apabila aku terlihat tokwan yang masuk melalui pintu dapur aku menyoal keberadaan Zaffarin. "Tadi budak-budak kampung datang menyinggah, diajaknya Zaffarin pergi main bola dekat padang hujung sana,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now