15. Lega

11.7K 371 3
                                    

"Cik Dhia Khaira?" Sapa seseorang apabila aku leka bermain telefon bimbit sementara menunggu client ku tiba di cafe hotel yang aku menginap ini.

Aku angguk, "Yes I Dhia Khaira,"

Sebaik aku mengesahkan identitiku dia menghulurkan tangan untuk berjabat dan aku sambut lembut, "I'm Khairul. Datuk Kamal's client,"

Aku angguk, "But, I'm married, so ya," Aku mula memperkenalkan diriku sebagai Puan Dhia Khaira.

"Oh sorry! I didn't know,"

Aku sekadar senyum, "Its okay. You may sit," Aku memperlawa untuk dia duduk.

"At first I thought, I will discuss with Datuk Kamal," Ujar dia sebaik dia melabuhkam punggung di kerusi hadapanku.

"Actually yes, but you can wait? Datuk dekat atas, isteri dia accident semalam. So dia lambat sedikit," Beritahuku.

Dia angguk. Kami mula berborak kosong tentang syarikat masing-masing. Dia cam aku hari ini kerana sebelum ini dia pernah hadir ke Kuala Lumpur dan dia kenal aku sebagai anak kepada Datuk Kamal. Cuma aku yang tidak ingat kepada dia. Dia juga masih lagi muda. Setahun muda dari aku.

"Sorry I'm late," Ujar daddy apabila sudah lima minit kami berborak kosong.

"Its okay Datuk,"

Perbincangan kami bermula dengan kertas kerja yang pernah dibuat dahulu. Aku hanya mampu mendengar apa yang dibincangkan oleh mereka. Sekali sekala memberi idea yang baru dan segar. Maklumlah otak muda kata daddy.

Selepas hampir satu jam kami berbincang, akhirnya dia meminta untuk mengundur diri. Kami menghantarnya sehingga ke pintu lobby hotel. Berharap agar dapat bekerjasama dengannya lagi.

Selepas dia hilang dari pandangan, aku beralih perhatian kepada daddy, "Flight pukul berapa?" Soal aku.

"Erm, pukul dua nanti,"

Aku kerlih jam di tangan, sekarang pukul sebelas pagi. Masih awal jika mahu keluar sekarang, "Okaylah kita keluar pukul dua belas, makan tengahari, then terus hantar daddy,"

Aku dan daddy sama-sama naik ke bilik kami. Sempat aku singgah di bilik mereka sebelum aku masuk ke dalam bilikku.

"Mummy dah makan ubat?"

Mummy mengangguk, "Sudah," Jawabnya sambil mengemas pakaiannya untuk pulang malam ni.

"Jadi ke nak melawat kampung Zaffarin?" Soal daddy.

Aku angkat bahu, "Entah. Semalam dia cakap dia tak nak, lepas tu tiba-tiba dia kata dia rindu keluarga dia. I don't know," Ujar aku malas.

"Kenapa dia tak nak pergi?"

Aku mengeluh, "Dia kena halau, kan? Susah untuk dia maafkan mak saudara dia tu,"

"Betul juga tu. Tapi tak eloklah nak berdendam dengan darah daging sendiri," Tambah mummy.

"Dhia ada cakap dah semalam. Tapi itulah, dia takut. Dia takut kalau dia pergi, dia kena halau lagi," Beritahu aku sambil bermain dengan bucu bantal.

"Tak apalah. Kita tak faham perasaan dia. It takes time," Ujar daddy.

"Okaylah, Dhia masuk bilik dulu. Nanti pukul dua belas jumpa dekat lobby," Terus aku bangun meninggalkan mummy dan daddy di dalam biliknya.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now