Aku terjaga pagi itu tepat jam lima setengah pagi. Zaffarin di sebelah masih lagi tidur lena sambil tangannya melingkari pinggangku. Tiba-tiba memori malam tadi terlayar semula di ingatanku dan membuatkan aku tersenyum rasa malu tiba-tiba.
Aku bangun perlahan-lahan dan mengambil tuala melilit badanku lalu aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai, aku memakai t-shirt dan seluar panjang sementara untuk menunaikan solat subuh.
Aku menuju ke arah katil dan aku sandar pada kepala katil sambil melujurkan kaki. Aku belai rambut Zaffarin yang sedang tidur membelakangi aku. Mungkin terusik, dia memusingkam badannya mengereng menghadap aku. Tanganku tidak henti dari membelai rambutnya.
"Zaf, bangun. Dah nak subuh," Kejut aku perlahan. Namun masih tiada respon, "Zaffarin, bangunlah," Aku belai pipinya pula.
"Erm," Jawabnya sepatah lalu tangannya memeluk pehaku.
"Sayang, bangun please," Aku berbisik pada telinganya.
"Erm, nak kiss dulu," Ujar dia manja sambil menganggkat tangannya untuk menggeliat.
"Tak cukup ke kiss yang saya bagi malam tadi?" Soal aku nakal sambil mencuit hidungnya.
Zaffarin menggeleng laju, "Dengan awak saya tak pernah puas. I want more and more," Ujar dia menggoda sambil merenung ke anak mataku.
Aku dekatkan bibirku ke dahinya lalu aku kucup ia perlahan, "Dah,"
Zaffarin senyum sebaik aku menjauhkan bibirku dari dahinya. Terus dia bangun dari pembaringan lalu terus bangun menuju ke bilik air. Nasib baik aku tidak nampak apa-apa. Kalau tak, memang terlepas subuh pagi ni.
Usai solat, aku pergi keluar ke ruang tamu untuk menggosok baju. Kalau ikutkan hari ini mahu aku cuti dan duduk berdua bersama Zaffarin, tapi baru sahaja lepas cuti empat hari, tak akan mahu cuti lagi. Kerja di pejabat siapa mahu buat?
"Awak, kita breakfast dekat luar eh," Ujar aku manja. Aku baring meniarap di sebelahnya sambil membelai rambutnya.
"Awak nak saya hantar pergi kerja?"
Aku angguk, "Lagipun hari ni saya tak ada apa-apa schedule. Meeting dengan staff je," Ujar aku padanya.
Zaffarin mengereng menongkatkan kepalanya menghadapku. Matanya memandang ke arah aku tepat, "Saya nak lagi boleh?" Ujar dia nakal.
Aku menekupkan muka di tilam. Baru bagi malam tadi, nak lagi?
Zaffarin ketawa kecil sambil memeluk aku, "Thanks sayang," Ucap dia sambil mencium di telingaku, "The night that are very amazing I ever had," bisik dia lagi.
Bertambah lagi darah naik ke wajahku, "Eii, gatalkan!" Aku cubit perutnya. Geram apabila dia cuba untuk memutarkan semula memori malam tadi.
Zaffarin mengaduh sakit tapi aku hanya buat tidak endah.
Kami bergerak dari rumah pukul lapan pagi dan singgah bersarapan di cafe berdekatan dengan pejabatku.
Aku memesan roti sandwich bakar dan juga coffee. Sebaik pelayan itu beredar, aku perasan bahawa Zaffarin asyik menoleh ke arahku. Aku pandang dia semula lalu aku kecilkan mata, "Kenapa pandang saya macam tu?"
Zaffarin senyum lalu dia tongkatkan tangannya di kerusi, "Saya tak tau kenapa, tapi hari ni saya nampak muka awak berseri-seri,"
Aku senyum, "Macam mana tak berseri. Awak dah usik saya malam tadi," Ujar aku selamba.
"Oh, kalau macam tu saya usik awak hari-harilah. Biar muka awak berseri je," Ujarnya membuatkan mukaku merah padam.
"Ish!" Aku pukul lengannya dan dia mengaduh sakit sambil menggosok tangannya.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...