"Good job Miss Dhia. Finally projek kita dekat Johor dah selesai. Jadi saya nak ucap terima kasih pada semua," Ujar daddy ketika meeting atau patut aku panggil Datuk Kamal pada waktu ini.
Daddy sangat profesional ketika berkerja. Dia tidak masukkan hal family dalam kerja dan jarang dia masukkan hal kerja dalam family. Jadi di tempat kerja dia memanggil aku dengan nama Miss Dhia. Aku pula akan memanggilnya dengan gelaran Datuk Kamal.
Aku mengemas segala peralatan yang aku bawa masuk ke bilik meeting tadi. Semua staff sudah mula mahu bersurai. Sebaik aku menutup laptopku, daddy bersuara, "Dhia daddy nak cakap,"
Aku duduk semula. Sebaik semua staff keluar dari bilik ini baru aku mula bicara, "Apa?"
"Daddy pernah cakap dekat rumah dulu, kalau projek ni selesai daddy nak Dhia ambil cuti", aku mula kerut dahi sebaik daddy berkata begitu.
"Datuk Kamal, ini pejabat. Rasanya kita boleh bincang di rumah," Aku mula menunjukkan sikap profesionalku. Ini tempat kerja bukan rumah, "Dhia keluar dulu," Terus aku bangun lalu aku melangkah keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
Sebaik tiba di biliku, aku mengehempas fail di meja membuatkan Abang Furqan terkejut, "Kau ni kenapa? Letak elok-elok tak boleh?"
Aku dan Abang Furqan duduk sebilik di dalam office ini. Mempunyai dua buah meja, satu set sofa dan pelbagai kelengkapan lain. Ada jaga beberapa staff di luar memandang aku kerana bilik kami hanya beralaskan kaca. Kalau mahu privasi, tarik sahaja tirai.
"Kenapa Dhia dipaksa untuk ambil cuti?" Aku mula mempersoalkan perkara itu sambil menghentak kaki duduk di sofa.
"Sebab Dhia sepatutnya dah kena cari suami," Ujar Abang Furqan ringkas tetapi padu.
"Abang! I'm serious!"
"Nampak muka abang ni macam main-main ke?" Aku memandang mukanya yang tenang itu.
"Tapi Dhia baru 25!"
"Then? Nak tunggu umur 40 baru kahwin? Dah bangka nanti still nak hantar anak pergi sekolah tadika?" Soal Abang Furqan dengan niat mahu psycho-kan aku.
Aku mengeluh, kena kahwin ke?
Selepas tiga bulan projek di Johor itu selesai, hari ini adalah hari pernikahan Abang Furqan besama dengan isterinya yang dikatakan sama-sama belajar di London dahulu.
Semua ahli keluargaku hadir ke rumahku ini. Keluarga belah daddy dan juga keluarga belah mummy. Tiba-tiba pula aku rasa seperti rumah ini kecil.
"Dhia, meh sini tokwan ada bawa kuih bahulu untuk Dhia. Tokwan baru buat semalam," Ujar tokwan kepadaku sambil menunjukkan bekas yang berisi kuih bahulu itu.
Aku yang baru saja turun dari tangga terus berlari ke arah tokwan. Kuih bahulu tokwan adalah kuih kegemaran aku. Antara ramai-ramai cucu akulah antara cucu paling rapat dengan tokwan kerana semasa aku kecil tokwan pernah duduk denganku selama enam tahun di rumah ini selepas kematian aki, atukku. Cuma sekarang dia berpindah semula ke kampung kerana maksu dapat tawaran bekerja di sana, jadi dia tinggal bersama maksu di sana.
"Sedapnya tokwan! Terima kasih," Terus aku memeluk tokwan erat lalu aku bangun dari sofa.
"Nak ke mana?" Soal mummy apabila melihat aku tergopoh gapah.
"Nak ambil air sirap cicah dengan bahulu," Ujar aku lalu disuruh pula aku membawa satu jug terus supaya boleh diminum oleh tokwan dan maksu yang baru sahaja tiba.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...