6. Naluri Lelaki

12.8K 377 3
                                    

Esok aku akan mulakan kerja seperti biasa. Tapi aku masih lagi berasa takut. Sama seperti aku takut ketika aku hampir dinodai Muzaffar ketika aku di London.

Kenapa aku mesti teringatkan dia?!

"Dhia?" Aku menoleh ke pintu sebaik ada suara memanggil.

"Ya kak?

Kak Adhwa menapak masuk ke dalam biliku lalu dia labuhkan punggungnya disebelahku, "Minggu lepas mak akak baru balik dari umrah. Dia belikan akak abaya, tapi sayangnya akak tak muat. Dhia nak tak?" Soal Kak Adhwa sambil menghulurkan abaya hitam itu.

Aku memandang dan membelek abaya itu, "Tak apa ke kalau akak bagi dekat Dhia? Nanti mak akak terasa macam mana?"

Kak Adhwa ketawa, "Dia memang dah cakap, kalau tak muat bagilah dekat Dhia. Lagipun mak akak beli tiga helai. Satu lagi akak dah bagi mummy,"

Aku senyum lalu terus aku sarung abaya itu dan aku lihat di cermin, "Cantiknya. Kalau Dhia pakai pergi pejabat esok boleh tak?"

"Kenapa pula tak boleh? Cantik apa. Muat dengan badan Dhia. Kalau akak yang pakai nampak sendat," Ujar Kak Adhwa.

Sungguh cantik abaya ini. Ada sedikit corak sulaman merah dan putih di bahagian tangan, "Thank you so much kak," Ucap aku sambil memeluk Kak Adhwa.

"Welcome princess," Aku ketawa sebaik Kak Adhwa menggelarkan aku princess.

"Eh? Kenapa peluk dia? Peluklah saya!" Tiba-tiba aku mendengar suara Abang Furqan dari belakang kami.

"Eh saya dah peluk awak hari-hari, biarlah saya peluk Dhia pula!" Kata Kak Adhwa kepada Abang Furqan.

"Ehhh!"

"Apa?"

"Eh, eh, nak gaduh pergi masuk bilik. Jangan nak bergaduh dekat sini," Aku mencelah apabila mereka cuba untuk bergaduh manja di sini.

Mereka tertawa dan akhirnya keluar dari bilik aku. Aku menilik semula abaya yang aku sarung tadi. Aku sangat berkenan abaya ini. Aku terpandang telefonku apabila aku terlihat ada mengelip.

From: Encik Dompet
Time: 9.56pm
Nak lunch dengan saya tak esok?

Aku senyum apabila aku mendapat mesej darinya.

To: Encik Dompet
Time: 10.00pm
Sure, nanti saya share location office...

###

"Nina, nanti bagi saya fail projek dekat Hulu Langat tu," Ujar aku di telecom.

"Baik Cik Dhia. Selepas makan tengahari saya akan letak atas meja," Jawab Nina padaku.

Aku lihat Abang Furqan fokus dengan kerjanya. Aku lihat jam di dinding sudah hampir jam dua belas tengahari.

"Tak nak pergi lunch ke?" Soal aku kepada Abang Furqan.

Dia masih fokus pada kerja, "Tak kut. Banyak kerja lagi ni. Kalau Dhia keluar, tolong tapaukan,"

Aku geleng, sekarang siapa yang kuat bekerja? Terus aku capai beg tanganku dan aku turun ke bawah. Sewaktu aku berjalan turun ramai yang memandang. Ya la, aku sampai tadi masih awal, mungkin mereka terkejut melihat aku berjubah hari ini. Termasuklah dia.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"You look, gorgeous," Zaffarin masih lagi memandang aku atas bawah. Aku senyum. Dia ni memang suka mengayat eh?

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now