16. Barang Lama

9.6K 327 6
                                    

Pengebumian jenazah dilakukan selepas solat jumaat. Ketika di tanah perkuburan aku melihat Zaffarin dan Khairul membawa turun jenazah ke dalam liang lahad. Ketika itu juga hati aku berasa lega. Lega kerana mak lang sempat meminta maaf dan berjumpa Zaffarin sebelum dia pergi.

Ada juga antara mereka yang hadir memandang aku pelik, mungkin tidak pernah melihat aku sebelum ini.

"Kak Dhia, jom kita balik," Ajak Liya. Isteri kepada Khairul apabila sesi pengebumian telah selesai.

Aku cuma angguk dan mengikut langkah dia.

Semasa perjalanan aku pulang bersama Liya ada beberapa orang perempuan di hadapanku. Perbualan mereka dapat aku tangkap satu persatu.

"Eh korang perasan tak lelaki pakai baju melayu warna kelabu tadi? Tu Farin kan? Sepupu Khairul,"

"Aku ingat aku sorang je yang cam muka dia. Kacaklah dia lepas lama tak jumpa,"

"Agak-agak dah kahwin ke belum?"

"Kalau belum aku nak try dia malam ni,"

"Malam ni?"

"Malam ni ada tahlil dekat rumah Khairul. Mesti dia ada punya!"

Aku dan Liya saling berpandangan, "Sabarlah kak," Pesan dia. Mungkin dia tahu bahawa hati aku tengah sakit apabila ada perempuan yang mahukan suami aku dalam diam.

Pada malam itu kami mengadakan tahlil sederhana sahaja. Ada juga jiran-jiran yang turut tolong memasak petang tadi untuk santapan tetamu yang hadir. Aku duduk di sebelah Liya membaca yasin. Ada juga suara-suara sumbang yang aku dengar ketika di majlis itu.

"Perempuan sebelah Liya tu siapa eh?"

"Entah, tak pernah pula aku tengok dia sebelum ni,"

"Kawan Liya kut. Dari siang aku tengok dia berkepit dengan Liya,"

Aku hanya mengeluh. Ketika baca yassin pun ada lagi mulut-mulut yang bersembang. Kalau tak boleh baca, boleh diam tak mulut tu?

"Tengok tu! Kacaknya Farin!"

Apabila aku dengar suara itu terus aku angkat muka memandang Zaffarin. Aku juga mengaku, dia sungguh kacak berbaju melayu biru yang dipinjamkan oleh Khairul. Tapi dia suami aku, kenapa orang lain pula yang menggeletis?

Selepas membaca yassin aku duduk di sofa. Yang lain sedang menjamu selera mengikut dulang yang disediakan. Kebetulan di hadapanku ada sekumpupan perempuan yang menggeletis pasal suami aku siang tadi.

Aku hanya memerhati tetamu yang hadir. Sekali sekala aku membuka telefon kerana bosan yang teramat. Zaffarin pula aku lihat sedang bersembang bersama seorang pak cik yang mengetuai bacaan yassin tadi.

Tiba-tiba datang seorang wanita duduk di sebelahku, "Adik?"

"Ya?"

"Mak cik nak tanya, adik ni siapa? Mak cik tak pernah tengok sebelum ni," Soal mak cik tadi dalam loghat Kelantan, tapi masih dapatku fahami.

"Nama saya Dhia Khaira. Erm saya..." Aku tidak pasti sama ada mak cik ini kenal Zaffarin atau tidak.

"Oh my God, dia datang sini!" Suara perempuan di hadapanku mencuri perhatian dan aku menoleh ke arah perempuan itu. Lalu aku pandang ke arah tempat mereka pandang.

Zaffarin datang ke arah aku rupanya, "Sayang, jom makan," Ajak Zaffarin apabila ruang makan sudah mulai kosong.

Aku kembali memandang perempuan tadi dan aku lihat mereka terkejut Zaffarin memanggil aku sayang. Aku pandang mak cik tadi semula, "Saya isteri dia,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now