Sebaik kereta kami berhenti di dalam hutan itu, cepat-cepat aku keluar. Sudah aku dengar bunyi deruan air di hujung sana. Zaffarin pula mengeluarkan tikar lipat dari booth kereta manakala aku membawa bekas yang sudah berisi sandwich yang telah tokwan bekalkan.
"Zaf cepatlah!" Panggil aku.
"Ya," Sesudah Zaffarin mengunci kereta terus aku berjalan menuju ke air tersebut. Ada juga beberapa budak kecil bermandi manda di situ.
Kami bentangkan tikar kecil itu di bawah pokok. Aku letakkan bekas sandwich dan botol air di atas tikar tersebut lalu aku buka selipar dan tinggalkan di situ. Terus aku tarik tangan Zaffarin menuju ke air.
Sebaik kaki aku terkena gigi air terus aku terjerit kecil. Sejuk yang teramat. Sudah lama tidak aku rasa nikmat kesejukan ini. Apabila air sudah menenggelami aku sehingga paras pinggang aku dengar suara Zaffarin.
"Dhia! Sejuknya!" Zaffarin sudah terhenti sedikit jauh dari aku. Aku memercikkan air padanya sengaja mahu dia ikut basah sepertiku, "Dhia! Janganlah,"
Aku menghulurkan tangannya aku agar dia boleh berjalan denganku untuk ke tengah sungai dan berpaut pada satu besar di situ. Sebaik tiba di batu itu terus aku menenggelamkan seluruh tubuhku.
Air, bunyi deras dan aku. Nikmat.
Apabila aku keluar dari air itu aku memperbetulkan rambut yang menutupi muka, "Hai," Zaffarin sudah pun turut basah sama sepertiku. Bajunya yang basah dan mengikut bentuk tubuh itu mengingatkan aku pada setiap likuk tubuhnya yang aku lihat ketika ciuman kami yang pertama.
Zaffarin melingkari pinggangku dan tubuhku dirapatkan ke tubuhnya. Aku letakkan tanganku di dadanya. Kami dihalang oleh batu besar tadi jadi budak-budak tadi mungkin tak nampak aktiviti yang kami lakukan.
"Dekat kampung awak ada air sungai macam ni?" Soal aku ingin mengurangkan rasa debar dalam dada.
Zaffarin mengangguk, "Ada, tapi saya jarang mandi dekat situ. Nenek saya tak bagi sebab ada budak mati kena hanyut," Ujar dia.
"Saya minta maaf tentang semalam. Saya tak sengaja nak bermanja dengan tokwan depan awak,"
Zaffarin ketawa kecil, "Tak apalah sayang. Saya tak ambil hati pun. Kalau awak ada tokwan, tapi saya ada awak," Ujar dia. Dirapatkan wajahnya ke wajahku. Mataku dia tenung, "Terima kasih sayang,"
"Untuk apa?"
"Everything. Dari awal perkahwinan sampailah sekarang. Awak cuba untuk terima saya," Zaffarin bermain dengan rambutku yang basah tadi.
Aku letakkan kepalaku di dadanya, "Sebab saya sayang awak," Buat pertama kali, aku luahkan perasaan aku terhadap dia, akhirnya. Selepas sekian lama aku pendam dan kerana ego, aku letak sayang itu di tepi.
"A-apa dia? Ulang sekali lagi," Zaffarin cuba untuk menyuruh aku ulang. Tak pasti sama ada dia betul-betul tidak dengar atau saja mahu menyakat.
"Sebab...saya...sayang...awak Muhammad Zaffarin," Saja aku cakap satu persatu-persatu. Tak dengar juga, tak tahulah.
Zaffarin senyum lalu dia eratkan pelukan, "Saya sayang awak lebih lagi," Dia kucup dahiku sekilas.
Kami sambung aktivit bermandi- manda kami sehingga petang. Kecut satu badan.
###
"Ala tokwan, kenapa Dhia punya tak jadi?" Aku merungut sebaik aku punya sering hangus tetapi tidak masak di dalam.
"Dah Dhia tak jaga api memanglah hangus," Ujar tokwan lagi, "Zaffarin mana?" Soal tokwan.
"Dekat atas tidur," Jawab aku acuh tak acuh. Masih lagi bengang dengan kuihku yang tidak menjadi.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...