27. Mengungkit

9.1K 310 14
                                    

Seperti biasa setiap pagi, aku akan menyiapkan pakaian Zaffarin ke kampus selepas subuh. Kemeja biru pekat dan seluar slack hitam adalah kegemarannya setiap Isnin. Monday blues katanya.

"Awak nak pergi pukul berapa?" Soal Zaffarin apabila dia siap membutang bajunya yang paling atas.

Aku ikat tali leher di lehernya pula, "Pukul sepuluh kut. Tengoklah macam mana," Jawab aku, "Awak balik makan tengahari?"

Zaffarin angkat bahu, "Tak kut. Sebab kelas pagi habis pukul dua belas and the next class pukul satu setengah. Takut tak sempat,"

Aku hanya sekadar mengangguk.

"Awak hati-hati ya. Kalau ada apa-apa terjadi dekat awak, saya dah tak bagi awak keluar pergi mana-mana. Pergi office pun saya tak benarkan," Ujar Zaffarin sambil dia mengusap pipiku.

Aku senyum, "Iya sayang. Saya pergi dengan acu, bukan sorang-sorang," Jawab aku.

Selesai, aku turun ke bawah bersama Zaffarin untuk sarapan pagi. Seperti biasa, meja itu masih kosong kerana Zaffarin adalah orang yang pertama akan keluar dahulu pada setiap pagi untuk ke tempat kerja.

"Morning mummy," sapa aku.

"Morning sayang. Kamu berdua makan, mummy nak pergi tengok daddy kejap," Ujar mummy lalu terus dia pergi naik ke atas.

Aku menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan milik Zaffarin lalu aku tuangkan air teh untuknya.

"Awak tak nak makan?"

Aku menggeleng, "Tak lapar,"

Zaffarin kerut dahi, "Ish! Tak boleh awak kena makan. Lepas tu makan ubat. Kejap lagi awak nak keluar lagi," Zaffarin membebel. Dihulurkannya sesuap nasi goreng padaku, "Nah, aaaa,"

Aku tertawa kecil. Aku mengagakan mulut dan menerima sesuap nasi dari sudu Zaffarin. Sejujurnya memang aku tak lapar, aku berdebar kerana mahu berjumpa dengan Muzaffar yang entah bagaimana rupanya saat ini.

Sesuap demi sesuap, akhirnya habis sepinggan nasi goreng yang kami kongsi. Nasib baik tak ada sesiapa di bawah, bolehlah kami bermesra sekejap. Sebaik Zaffarin menghabiskan teh di dalam cawan miliknya terdengar suara perempuan menyapa kami dari arah belakang.

"Eh? Awalnya Abang Arin bangun," Sapa Mieza lalu betul-betul dia duduk disebelah Zaffarin, "Lah, dah breakfast juga? Sampai hati tak tunggu Mieza," Sengaja dia membuat muka merajuk.

Zaffarin memandang aku lalu dia mencapai tanganku sebelum dia berdiri, "Jom sayang teman saya sampai pintu. Saya dah lambat," Terus Zaffarin menarikku dari meja makan.

Sempat aku memandang Mieza kosong. Ternyata wajahnya menjadi bengis. Bengang mungkin Zaffarin tidak mengendahkannya.

Sebaik tiba di muka pintu, aku memegang beg laptop Zaffarin sementara dia mahu memakai kasut. Selesai, aku menghulurkan beg itu kembali kepadanya. Tangannya aku cium dan apabila aku mengangkat kepala dia menngucup pula dahiku.

"Awak jangan marah saya tau. Dia yang menyendeng," Ujar Zaffarin.

Dan aku ketawa, "Tak, saya tak marah. Terima kasih sebab izinkan saya keluar hari ni,"

Zaffarin senyum, "Sama-sama. Jaga diri ya,"

Aku mengangguk. Aku menghantarnya dengan pandangan ke kereta sebelum aku masuk ke dalam rumah semula.

Sebaik aku kembali ke meja, Abang Furqan dan daddy juga sudah berada di meja, "Eh awalnya," Ujar aku. Biasanya pukul lapan baru mereka turun ke bawah. Tapi sekarang baru pukul tujuh setengah.

"Ada meeting pukul lapan setengah. Kene gerak awal," Jawab Abang Furqan.

Kemudian aku terlihat Kak Adhwa siap berpakaian cantik. Ada gaya macam nak keluar, "Eh akak nak pergi mana?" Soal aku.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now