34. Sepasang

11.3K 275 5
                                    

Alhamdulillah, hari ni aku tiba di Kuala Lumpur selepas empat belas hari kami menunaikan Umrah. Kegembiraan yang aku kecapi ketika di sana sungguh tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.

Ketika di tanah suci, kepalaku tidak memikirkan perkara lain selain daripada beribadat. Menghadap Ilahi. Setiap kali aku berdoa, pasti aku akan selitkan nama ahli keluarga. Tidak lupa juga, nama suamiku yang sentiasa di sisi. Yang paling penting, anak di dalam rahimku yang akan keluar lebih kurang empat bulan lagi. Moga segalanya baik-baik.

Dari jauh, aku dapat lihat Kak Adhwa sedang mendukung Arash. Abang Furqan pula aku perhati sedang membelek telefon. Mungkin menelefon aku.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam," salam Zaffarin dijawab oleh Abang Furqan dan Kak Adhwa.

Mereka berdua tersenyum melihat aku bersama Zaffarin yang sedang menolak troli beg pakaian. Arash juga tidak terkecuali tersenyum melihat kami.

"Arash! Aunty rindu you so much!" Aku gomol pipi anak kecil itu.

"Arash pun rindu aunty!" ujar Kak Adhwa sambil mengecilkan suaranya seakan-akan suara budak.

"Dah jom, semua orang dah tunggu dekat rumah," Ajak Abang Furqan.

"Semua orang? Siapa?"

"Tokwan, maksu, maklong pun ada. Baru sampai pagi tadi," Jawab Abang Furqan.

Kami sama-sama berjalan menuju ke kereta, "Maklong?"

Kak Adhwa mengangguk, "Mieza nak daftar kolej lusa ni,"

###

Kami tiba di rumah selepas hampir sejam perjalanan. Maklumlah, jarak antara runah dan lapangan terbang sangat jauh. Tambah pula dengan kesesakan lalu lintas. Sempat aku terlelap tadi.

Aku terpandang sebuah kancil. Ya, kancil itu milik maklong. Kancil yang sama aku lihat ketika aku baru sahaja keluar dari hospital tempoh hari. Aku pandang pula pintu rumah.

Mieza sedang berdiri sambil tersenyum.

Aku pandang Zaffarin, Zaffarin pandang aku. Tahu apa yang terlintas di dalam fikiranku, Zaffarin menggengam tanganku erat, "Nothing gonna happen. I promise," Zaffarin mencium buku limaku.

Kami sama-sama masuk ke dalam selepas Abang Furqan dan Kak Adhwa sudah ke dalam.

"Eh Abang Arin! Lamanya tak jumpa! Best tak pergi umrah?" Sapa dia dengan riang tiba-tiba.

Zaffarin hanya senyum lalu dia mengangguk. Dia terus masuk ke dalam dan menyalam daddy dan mummy berserta tokwan.

"Dhia, sihat sayang?" Soal maksu apabila aku menyalamnya.

"Alhamdulillah, semuanya okay. Dhia sihat," Jawab aku lalu aku duduk di sofa tiga bersebelahan dengan Zaffarin dan tokwan.

"Dah besar perut Dhia ni," ujar tokwan lalu dia mengusap perutku yang sudah membuncit.

Aku hanya sekadar senyum. Sedikit kekok apabila ada maklong dan Mieza.

"Maklong, Lina mana?" Soal aku apabila tidak terlihat kelibat sepupuku yang seorang lagi.

"Lina dekat rumah. Esok dia ada exam, tak dapat nak datang. Dia kirim salam dekat Dhia," ujar maklong.

Aku hanya sekadar mengangguk lalu salam itu aku jawab.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now