Aku tertoleh jiran sebelah bilikku. Rupanya pasangan yang baru sahaja berkahwin. Inai di tangan masih lagi merah. Mereka berjalan berpimpinan menuju keluar dari resort. Aku senyum melihat mereka.
"Jom," Ajak Zaffarin apabila dia selesai mengunci pintu biliknya.
Dapat aku rasanya bahawa Zaffarin memandang aku lama tak berkedip atas bawah, "Awak kenapa pandang saya macam tu?"
Zaffarin menggeleng dan dia senyum, "Awak nampak cantik hari ini,"
Aku memandang pakaian aku. Cuma jeans hitam dan kemeja berwarna misty rose. Rambut aku ikat kemas dan aku cuma make up sedikit saja. Dia kata cantik? Sungguh aku malu sekarang ini.
"Blushing la tu!" Usik Zaffarin apabila aku senyum sehingga ke telinga apabila dia memuji aku tadi. Tak semena aku terpukul lengannya, "Aduh!"
"Padan muka! Usik saya lagi,"
Zaffarin ketawa semula sambil menggosok-gosok lengannya yang ku pukul tadi.
Semasa aku masuk ke dalam kereta tiba-tiba telefonku berbunyi, "Hello Melisa,"
"Amboi suara happy semacam. Kau pergi mana?" Soal dia terus apabil mendengar suaraku di talian.
"Of course i'm happy. Aku dekat Langkawi. On the way nak pergi cable car naik Gunung Mat Cincang," Ujar aku kepada dia.
"Wah! Kau pergi dengan siapa?" Serentak itu tiba-tiba ada hon bunyi apabila kereta yang Zaffarin pandu keluar dari simpang, "Babe kau tengah drive ke?" Soal Melisa cemas.
"Eh tak. Aku tak drive. Kawan aku yang drive,"
"Kawan kau? Kau pergi dengan siapa?" Soal Melisa curiga.
Aku tarik nafas dalam, "Aku terserempak dengan Encik Dompet,"
"Hah?! Lelaki yang jumpa dekat Genting tu? Dhia kau biar betul! Macam mana kau boleh jumpa dia? Kenapa kau keluar dengan dia? Kan kau baru je kenal dia! Tak akan la korang dah jadi rapat sampai keluar sama-sama?!"
Aku jauhkan telefon dari telinga sebaik mendengar suara Melisa yang separa jerit itu, "Melisa, chill. Kau jangan la tanya berderet macam tu. Nanti balik KL aku cerita semua dekat kau,"
Aku dengar Melisa mengeluh, "Hati-hati Dhia, kau baru je kenal dia,"
Aku senyum. Tiba-tiba aku terharu apabila Melisa caring pada aku, "Okay Melisa. Jangan risau okay?"
Aku matikan telefon sebaik perbualan kami tamat. Tambah-tambah sekarang Zaffarin memberhentikan kereta di stesen minyak. Terus aku simpan telefon di dalam beg.
"Awak nak beli coklat bila?" Soal Zaffarin sebaik dia selesai mengisi minyak.
"Hari ni la," Ujar aku kepada dia. Zaffarin hanya angguk dan meneruskan perjalanan.
###
"Dhia..." Zaffarin memanggil apabila cable car yang kami naik mula bergerak.
Aku memandang Zaffarin sambil tersenyum, "Rileks. Tak ada apa-apa. Jangan pandang bawah. Pandang depan je," Ujar aku kepada Zaffarin.
Zaffarin hanya angguk. Aku memandang ke luar tingkap. Sungguh cantik permandangan ini. Apabila tiba sahaja di puncang gunung hati aku jadi riang tiba-tiba.
Sempat aku mengambil gambar Zaffarin yang sedang gayat itu, "Janganlah!"
Aku ketawa terbelahak, "Cepat, kalau berani awak kejar saya,"
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
عاطفيةAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...