21. Tersepit

8.1K 261 14
                                    

Sedikit lega di hati apabila kereta itu tidak mengikut kami masuk ke kawasan restoran. Mungkin kebetulan sahaja kereta itu bergerak seiring dengan kereta daddy.

"Saya nak laksa siam dengan jus oren," beritahu aku kepada pelayan itu.

Selepas dia berlalu pergi, aku pula terus memberi perhatian kepada daddy yang dari tadi asyik memandang aku, "Kenapa daddy ajak Dhia lunch sama-sama hari ni?" Soal aku.

"Saja, nak spend time dengan anak daddy sorang ni. Dah lama kita tak duduk berdua bersembang macam ni. Lepas ni confirm Dhia selalu duduk rumah Zaffarin, kan?"

Aku mengangguk, "Minggu depan, dia dah nak start mengajar. So this week Dhia spend time dengan dia,"

"Daddy sebenarnya ada perkara nak bagi tahu Dhia,"

Aku angkat kening, "Apa dia?"

"Dari minggu lepas lagi, daddy tak sedap hati pasal Dhia dengan Zaffarin. Anything was happened to both of you?" Soal daddy. Nampak riak wajahnya yang risau.

Aku senyum lalu aku geleng, "Tak ada apa-apa. Anything is fine. Cuma kadang-kadang tu adalah salah faham sikit," Rupanya, bukan aku seorang yang rasa begini, daddy juga begitu.

"Glad to hear that from you,"

Selepas sahaja kami makan tengahari terus daddy menghantar aku ke pejabat kembali ke pejabat manakal dia akan berjumpa dengan client dan terus pulang ke rumah. Jadi hari ini, aku terpaksa pulang menaiki teksi.

"Puan Dhia, ni ada sampul untuk puan. Ada seorang lelaki datang bagi ni sebelum Puan sampai," Ujar Nina sambil menghulurkan sampul itu kepadaku apabila aku melintasi mejanya.

"Oh, terima kasih," Ujar aku sebelum berlalu pergi menuju ke bilik.

Sampul itu aku letak di tepi meja dan aku mulakan kerja aku seperti biasa. Hari seperti berlalu dengan cepat.

Jam menunjukkan sudah hampir pukul tujuh malam. Orang-orang di pejabat semua sudah pulang kecuali aku. Segera aku mengemas barang-barang dan aku turun ke bawah.

Aku terserempak dengan Pak Salleh ketika aku mahu keluar dari pintu lif.

"Eh, Puan Dhia tak balik lagi?" Soal Pak Salleh.

"Baru nak balik ni. Pak Salleh shift malam ke hari ni?" Soal aku.

Pak Salleh mengangguk, "Pak Salleh nak kena periksa kawasan dekat atas. Puan baliklah dulu, sebelum gelap nanti. Balik malam-malam bahaya," Pesan Pak Salleh.

Aku terus meminta diri untuk berlalu pergi. Terus aku berjalan keluar dari bangunan dan melintas untuk ke perhentian bas menunggu teksi. Harap-harap teksi ada yang lalu. Sebab di kawasan ini jarang teksi lalu pada waktu begini.

10 minit aku menunggu, tiada satu pun teksi yang lalu. Cuma kereta sahaja yang banyak lalu lalang yang keluar dari kawasan sini. Semuanya mahu pulang ke rumah mungkin.

Sedang aku menunggu teksi, ada seorang lelaki berbaju kemeja putih datang padaku. Jantungku rasa berdebar. Takut-takut kalau diapa-apakan.

"Cik tumpang tanya, dekat mana ada masjid atau surau dekat area sini?" Soal lelaki itu.

"Dekat depan sana ada masjid," Aku menunjukkan arah masjid berdekatan kepada lelaki itu.

"Oh terima kasih ya," Ujar lelaki itu dan dia berpusing mahu pergi. Baru selangkah dia pergi, dia kembali berpatah balik kepada aku, "Saya minta maaf,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now