"Apa maksud awak?" Zaffarin menyoal aku dengan wajahnya yang masih keliru.
"Saya tau awak faham maksud saya," Ujar aku perlahan.
Zaffarin menggeleng.
"Masa saya tak ada, bukan main awak cakap awak rindu saya, takut saya hilang. Tapi bila saya ada, awak duduk berdua-dua-an dengan sepupu saya sendiri. Pada mula ya, saya izinkan awak pergi berbincang dengan dia. Tapi kenapa daripada awak duduk sofa berasingan, boleh jadi awak duduk satu kerusi dengan dia?" Soal aku terus dengan nada perlahan. Aku tahankan diri daripada marah yang melanda.
Baru pagi tadi kami bermaafan, tapi menjelang tengahari kami bergaduh semula. Ada saja perkara yang membuat aku kecil hati dengan Zaffarin. Dugaan apakah ini?
"Saya cuma berbincang, tak lebih pun dari tu," Zaffarin cuba untuk membela diri.
Aku senyum nipis, "Kalau hanya sekadar berbincang, tak mungkin boleh bergelak tawa meriah sebegitu rupa,"
"Sayang, sumpah saya tak ada apa-apa niat pun. Sekali lagi dia cuma ajak berbincang,"
Tak habis-habis berbincang. Tak habis lagi ke dari tadi? Dia tau kan bahawa Mieza tu janda? Kenapa dilayan sangat sepupu aku yang tak sedar diuntung tu?
"Tak apalah. Saya tak bergaduh dengan awak. Apa yang saya tau, lepas awak pergi kampus esok pagi, saya akan pergi hospital dengan acu. Saya dah beritahu awak, jadi jangan awak kata saya derhaka pula," Esok pagi hari isnin, semestinya dia akan ke kampus memandangkan semalam aku ada terbaca surat cuti akan berakhir hari ini di atas meja kerja aku di sudut bilik.
"Saya tak benarkan!" Zaffarin sedikit meninggi suara.
"Apa masalah awak ni? Saya cuma nak melawat dia. Cuma nak berjumpa Datin Rai dan Dato Amzar. Itu je," Ujar aku ingin memperjelaskan.
"Saya tetap tak izinkan. Saya tak akan sesekali beri awak pada dia. Tak akan,"
Aku mengerut dahi, "Apa awak ni? Awak sendiri tau dia dah sakit kan? Kenapa awak tiba-tiba nak cemburu ni?"
"Dhia Khaira, saya suami awak dan saya berhak halang awak untuk berjumpa dengan lelaki lain," Ujar Zaffarin dan suaranya sedikit tegang.
Aku ketawa kecil, "Saya isteri awak, dan juga berhak untuk rasa cemburu kalau suami saya bergelak tawa dengan perempuan lain depan saya," Ujar aku lagi dan terus aku keluar dari bilik mahu menuju ke bilik tetamu yang kosong.
Sebaik aku masuk ke bilik itu, aku kuncikan pintu dan aku hempas diri di katil. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya tumpah mengalir laju. Perasaan cemburuku sangat tebal saat ini, entah aku tau kenapa.
Aku diamkan diri sebaik aku mendengar ada seseorang mengetuk pintu sambil memanggil namaku. Siapa lagi kalau bukan Zaffarin. Agak lama, akhirnya ketukan itu berhenti sudah putus asa untuk memujuk mungkin. Aku mahu bersendirian kala ini.
Tak lama kemudian, telefonku tiba-tiba berbunyi dan tertera nama Mat di skrin.
"Hello assalamualaikum Dhia, Mat ni,"
"Waalaikumussalam Mat, ya ada apa?" Aku mengelap air mata dengan belakang tangan.
"Erm aku ada benda nak bagi tau kau,"
"Apa dia?"
"Semalam aku dah pergi syarikat bapak kau. Aku dah dapat kerja jadi dispatch dekat company tu. Esok aku mula," Beritahu dia. Aku sudah berpesan pada Abang Furqan dan Nina untuk letakkan Mat pada pekerjaan yang sesuai di syarikat itu.
Aku senyum, "Alhamdulillah. Kau kerja elok-elok. Family kau macam mana? Sihat? Anak kau?"
"Alhamdulillah, diorang sihat. Cuma isteri aku tak henti-henti suruh aku bawa dia jumpa kau. Nak ucap terima kasih," Ujar Mat lagi.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...