8. Dua Wow

11.1K 377 8
                                    

Seperti yang sudah dijanji, aku akan berjumpa dengan Zaffarin hari ini untuk berbincang perkara semalam. Aku perlukan penjelasan dari dia. Sanggup dia buat begini pada aku.

"Sorry I'm late. Awak nak cakap apa?" Soal dia terus apabila sudah tiba dan duduk di hadapanku. Kenapa tiba-tiba hari ini dia nampak kacak?

Aku masih diam, untuk aku mengumpul dan susun bicara.

"Dhia?"

"Kenapa awak jumpa parents saya semalam?" Terus soalan itu terpancul dari bibirku.

Wajah Zaffarin berubah, "Tentang saya minta izin untuk bernikah dengan awak?"

Aku angguk, "For what? Kita baru je berkenalan Zaf. Tak semudah tu untuk saya terima awak sebagai suami," Suaraku sedikit kuat.

"Dhia, saya cintakan awak dari hari pertama saya jumpa awak," Tiba-tiba otakku teringatkan memori ketika di Genting Highland, "Mulai saat itu saya mula sayangkan awak. Tambah-tambah lagi bila awak kata kalau ada jodoh setiap kali saya tanya bila kita nak jumpa lagi. Sayang saya dekat awak makin kuat,"

Ya, aku masih ingat ayat yang pernah aku lemparkan pada dia. Sekarang ayat aku memakan diri sendiri.

"Will you marry me?"

Aku terkesima. Jujur, sesungguh aku tenang bersama Zaffarin. Aku gembira bersama Zaffarin, tapi bukan ini yang aku mahukan, bukan suami yang aku harapkan.

"Dhia?"

"I'm sorry," Terus aku bangun meninggalkan dia disitu. Perbincangan yang sepatutnya aku rungkai menjadi singkat apabila dia melamar aku tadi. Aku terus berjalan keluar dari restoran itu lalu berjalan laju menuju ke arah kereta. Apabila aku mahu melintas ada sebuah motor memecut laju ingin melanggar aku.

Pin! Pin!

Aku hampir dilanggar motor dan mahu terjatuh tetapi sempat disambut oleh sepasang tangan. Aku menoleh, Zaffarin.

"The another reason why I want to married with you because I want to protect you," Ujar Zaffarin sambil cuba untuk menolongku berdiri.

Lindungi aku?

"Kalau ada jodoh Zaf," Sekali lagi gunakan ayat itu. Aku terus berjalan menuju masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang ke rumah.

Dalam perjalan aku tidak tahu mengapa air mata aku mengalir laju. Menangis tanpa sebab, merayu pada siapa?

Apabila aku tiba di rumah aku terlihat daddy dan mummy di ruang tamu sedang minum petang. Aku berjalan ke arah mereka dan duduk di sebelah mummy.

"Daddy, Dhia nak minta cuti,"

Daddy terkejut mendengar permintaanku, "Berapa lama?"

"Sebulan. I want going to London,"

Daddy dan mummy saling berpandangan. Belum pernah aku minta cuti selama ini. Tapi kali ini mahu cuti sebulan pula. Padahal baru sahaja dua minggu lepas aku diberi cuti seminggu.

"Boleh tak?" Soal aku apabila tiada jawapan yang keluar dari daddy.

Daddy berdehem, "Boleh, tapi lepas Dhia bernikah dengan Zaffarin,"

Sumpah, aku terkejut saat ini, "Ha?"

"Daddy dengan mummy terima pinangan dari Zaffarin. Dari pandangan daddy, dia berani minta izin untuk bernikah dengan Dhia. This we call gentleman. Tambah pula dia berani selamatkan Dhia semasa di Langkawi,"

Aku mendegus geram, "Daddy tak boleh buat keputusan tanpa tanya Dhia dulu!"

"Why?"

"Because this is about my future! Daddy tak boleh aturkan hidup Dhia, dengan siapa Dhia nak kahwin. You cannot do that!" Aku membentak. Sungguh ini tidak adil.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now