Dua hari setelah kejadian aku menyerah borang permohonan cerai kepada Zaffarin aku kembali dikurung. Kata Mat, aku akan dibawa ke mahkamah pada dua minggu hadapan. Bagaimana harus aku lari dari sini?
Pelbagai cara telah aku umpan Mat untuk lepaskan aku. Tapi langsung tidak dia endah akan tawaran yang aku akan beri. Memang tidak setanding dengan harga yang diberi Muzaffar, tapi sekurang-kurangnya aku dapat membayar kos rawatan anaknya dan memberikan dia kerja di syarikat daddy.
"Kau termenung apa?" Soal Mat di muka pintu sambil membawa senaskah surat khabar.
Aku menggeleng.
Mat menghulurkan surat khabar yang dibawa tadi, "Muka surat tiga belas,"
Aku ambil lalu aku buka muka surat yang dinyatakan.
"Suami murung kerana ditinggal isteri. Tu mesti suami kau kan?" Soal Mat lalu duduk di hadapan aku.
Satu persatu ayat di artikal itu aku baca. Walau tiada kena mengena dengan aku, tetapi aku tetap rasa artikal itu untuk aku. Semestinya Zaffarin sedang kecewa sekarang ini.
"Aku sendiri tak tahu kenapa Muzaffar tu nak sangat dekat kau. Macam tak ada perempuan lain," Mat bersuara tentang bosnya yang bodoh itu.
"Dan kau kenapa terima kerja jahat macam ni? Macam tak ada kerja lain yang kau boleh buat?" Sekali aku memerli.
"Sebab aku tak ada pilihan. Anak aku kritikal. Dia perlu rawatan segera," Jawab Mat perlahan.
"Kau sanggup bagi anak kau duit haram? Gunakan duit haram tu untuk rawatan tu?"
Mat menggeleng, "Aku tak ada pilihan! Mana aku nak cari sepuluh ribu dalam masa yang singkat? Kalau aku cari kerja pun belum tentu cukup untuk tampung kos rawatan tu,"
"Kau sayang anak dan isteri kau kan?"
Mat mengangguk.
"Macam tu la sayangnya suami dan keluarga aku dengan aku. Kau adalah penyebab mereka hilang aku. Kalau kau rasa takutnya hilang anak kau, macam tu juga keluarga aku. Tolonglah Mat, aku merayu dengan kau,"
Mat diam seribu bahasa. Satu patah perkataan pun tidak dia keluarkan sebelum matanya alih dari memandang aku, "Aku keluar dulu,"
"Mat!"
Pintu ditutup, dan sekali lagi aku tak mampu untuk mengumpan dia.
Apabila malam menjelma, aku punya idea untuk lari dari sini dengan sendiri. Ditambah pula aku dengar bahawa Muzaffar pergi ke Johor selama tiga hari dari Mat, menambahkan rasa berani untuk aku pergi.
Aku menunggu tepat jam tiga pagi. Sambil-sambil itu, aku mencari jalan untuk keluar dari sini. Apabila aku perasan bahawa selimut ku agak panjang, aku ikatkan dengan cadar beserta sarung bantal. Harap-harap dapat jejak ke tanah untuk aku keluar dari tingkap.
Sebaik jam dinding sudah menunjukkan pukul tiga setengah pagi, aku membuka tingkap pelahan-lahan dan aku turun menggunakan tali itu. Dipermudahkan, aku jejak di tanah dengan selamat dan terus aku berlari keluar dari kawasan rumah.
Sedang aku berlari, aku tersedar ada seseorang di hujung sana. Aku cuba memanggil tapi tidak di sahut. Apabila aku mahu melintas, aku rasakan aku ditolak kuat dan badanku rebah di jalan batu itu dan kepala sedikit terhantuk membuatkan kepalaku berpinar.
Orang dari kereta itu keluar lalu dia mencekak pinggang. Sempat aku lihat wajahnya yang bengis itu sedang menggeleng. Tanda marah dan baran.
Tengku Muzaffar.
Dan aku gagal lagi.
###
Otakku sudah terjaga tapi aku takut untuk membuka mata kerana aku dengar suara Muzaffar sedang memarahi Mat. Aku juga takut aku diapa-apakan Muzaffar kerana aku cuba untuk lari malam tadi.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
Storie d'amoreAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...