23. Terima Kasih

8.4K 246 1
                                    

Akhirnya aku lega selepas Zaffarin memberitahu bahawa mummy sudah sedar ketika jururawat sedang mencuci luka di tepi perutku. Mummy juga mahu berjumpa denganku nanti apabila dia sudah berpindah ke wad biasa dari wad ICU.

"Zaf,"

"Ya sayang?"

"Apa jadi dekat Muzaffar?" Soal aku ingin tahu.

"Selepas Muzaffar tertikam awak, dia terkaku dan duduk dekat sudut bilik tu. Doktor pakar sakit jiwa sahkan dia ada masalah mental," Beritahu Zaffarin.

Sungguh aku terkejut, begitu sekali tindak balas terhadap Muzaffar selepas dia tertikam aku beberapa hari lalu, "Macam mana awak tau saya ada dekat rumah tu?"

"Sehari selepas awak datang hantar bagi surat cerai tu dekat saya, Abang Furqan terjumpa satu sampul atas meja awak. Dalam sampul tu ada beberapa keping gambar kita dan juga gambar saya masa dekat Singapura. Dan juga sekeping surat ugutan. Tambah pula Kak Adhwa cerita rahsia yang awak tak bagi tau dia dekat mummy dan daddy tentang hubungan awak dengan Muzaffar dulu. Dari situ baru saya faham, kenapa perangai awak lain sebelum awak diculik. Risau awak dekat saya lain macam sangat, sayang,"

Aku senyum. Aku terlupa mahu membuka surat yang diberi oleh Nina sebelum aku pulang pada hari terakhir aku di pejabat. Tak sangka itu yang dia terjumpa.

"Lepas mummy kemalangan, Mat muncul,"

"Mat pergi mana? Macam mana dia boleh datang jumpa awak?" Soal aku. Berkeinginan juga tahu tentang Mat.

"Dia datang jumpa saya dekat kampus. Bila dia kata, dia tau awak dekat mana terus saya bawa dia pergi balai polis," Kata-kata Zaffarin membuat aku tersentak.

"Balai?"

Zaffarin mengangguk, "Dia kena reman. Kalau dia bersalah dia kena penjara dan saya tak pasti berapa lama,"

"Zaf, tolong saya Zaf. Tolong lepaskan Mat," Aku merayu sambil aku memegang tangannya.

"Kenapa?"

"Saya percaya Mat tak ada niat nak culik saya. Saya tau kenapa dia ikut cakap Muzaffar," Ujar aku.

Zaffarin mengerut dahi, "Awak nak lepaskan orang yang culik awak?"

Aku menggeleng, "Mat ada sebab dia buat semua ni. Kalau betul dia memang jahat, tak mungkin dia akan datang jumpa awak dan beritahu dekat mana saya masa tu. Saya sendiri tahu kenapa dia buat semua ni,"

Zaffarin merenung aku lama. Riaknya seperti tidak percaya. Mungkin tidak percaya bahawa aku sanggup mahu lepaskan orang yang menculik aku.

"Zaf, kalau awak rasa awak sayangkan saya, tolonglah saya Zaf. Anak Mat kritikal dan perlukan bantuan. Sebab tu dia bekerja dengan Muzaffar," Rayu aku lagi.

Zaffarin memeluk aku lalu dia mengusap rambutku, "Saya cuba,"

###

"Maafkan Dhia mummy," Aku mengucup tangan mummy lama.

"Tak apa sayang. Mummy faham," Mummy membelai rambutku.

Tiada yang lebih indah daripada belaian keluargaku sendiri. Perhatian keluargaku sendiri.

"Lepas ni tolong jangan buat lagi Dhia. Semua tersiksa," Ujar Abang Furqan yang berdiri di bucu katil.

"Dhia tak ada niat. Perasaan takut tu lagi menguasaai. Sebab Dhia sayanglah Dhia terpaksa buat macam ni,"

"Never do that again. Anything was happened to you, please Dhia jangan diam. Daddy betul-betul tak sangka betapa buruknya perangai Tengku Muzaffar," Ujar daddy pula.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now