"Nak saya hantar?" Soal Zaffarin ketika aku sedang memakai jam di hadapan cermin sambil memperbetulkan rambutku.
"Tak apa. Saya drive sendiri, sebab saya kena pergi meeting lepas tu," Jawab aku lalu aku ambil beg tanganku.
Zaffarin melingkari tangannya di pinggangku dan dagunya diletakkan di bahu, "Balik cepat. Nanti saya rindu,"
Aku ketawa kecil, "Saya pergi kerjalah. Bukannya outstation,"
"Tau," Dia eratkan lagi pelukan di tubuhku lalu dia mencium pipiku lama, "Saya rasa saya tak boleh berjauhan dengan awak walau sesaat," Tambah dia lagi.
Aku hanya gelengkan kepala. Manja rupanya suami aku ini.
Lepas sarapan Zaffarin menghantar aku ke muka pintu. Sempat dia memberi aku satu ciuman di dahi selepas aku menyalam tangannya. Lagi sekali dia pesan supaya balik awal.
Masa seolah-olah berlalu dengan pantas. Menjelang tengahari, seperti dijanjikan aku keluar makan tengahari bersama Melisa. Kepala aku masih lagi tidak dapat agak apa yang mahu dikatakan oleh Melisa sebenarnya.
"Apa kau nak bagi tau sebenarnya?" Soal aku sebaik pelayan itu beredar.
"Sebenarnya, sehari sebelum aku telefon kau tu, aku terserempak dengan Muzaffar. Dia tanya aku, betul ke kau dah kahwin? Aku jawablah ya. Lepas tu dia tanya lagi macam mana kau kenal dengan Zaffarin, aku cakap tak tahu. Lepas tu kau tau tak dia cakap apa?" Aku menggeleng sebaik Melisa menyoal, "Dia kata kau kahwin dengan Zaffarin sebab terpaksa, and kau tak cintakan dia pun,"
"The hell?"
"Kau kena hati-hati beb, aku tak rasa Muzaffar akan duduk diam. Sebab dia kata, dia tetap akan cuba dapatkan kau walau apa cara sekalipun,"
Entah kenapa tiba-tiba aku rasa takut apabila Melisa berkata begitu. Kalau dulu dia pernah hampir menodai aku, kalau sekarang? Apa dia mahu buat?
"Kalau... kalau dia bunuh suami aku macam mana?" Tiba-tiba terlintas soalan antara logik dan tidak. Kalau dalam drama melayu mesti akan ada kes bunuh membunuh kerana rebutkan seorang wanita atau lelaki.
"Kau janganlah fikir macam tu, Dhia! Kalau dia kacau kau, bagilah tahu Zaffarin. Itu je cara terbaik. Dia tau kan pasal kau dengan Muzaffar sebelum ni?"
Aku angguk, "Aku pernah cerita semua. Sebelum kahwin lagi,"
"Good, so lepas ni tak adalah suami kau nak ragu-ragu kalau dia nampak kau terserempak or Muzaffar cuba nak kacau kau,"
Betul kata Melisa. Nasib baik aku tidak merahsiakan perkara itu. Kalau tidak, mesti dia akan salah tafsir mengapa aku sering diganggu Muzaffar dulu.
Tiba-tiba telefonku menyala, tanda mesej masuk.
From: Encik Dompet
Time: 12.36pm
Saya kena pergi kampus petang nanti. Lepas tu saya pergi rumah Amirul, nak ambil barang...
Maybe saya balik lewat sikit.Aku hanya balas satu patah perkataan; 'okay'. Tak apalah, dari dia duduk rumah. Aku kembali kepada Melisa.
"Jadi Dhia, pertahankan rumah tangga kau. Aku takut nanti dia aniaya kau," Tambah Melisa lagi.
Tiba-tiba otak aku jadi serabut. Apa harus aku lakukan?
Aku tiba di rumah tepat jam tujuh malam. Kereta Zaffarin tiada di laman menandakan dia masih belum pulang. Aku masuk ke dalam terlihat mummy dan Kak Adhwa sedang sibuk menyediakan makan malam. Tidak perasan kepulanganku, terus aku naik ke atas dan membersihkan diri.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...