"Medina! Mateen! Cepat turun makan! Dah lambat nak pergi sekolah ni!"
Aku memanggil si kembar itu apabila aku selesai menghidangkan sarapan. Mikhael awal-awal lagi sudah turun minum susu botol sambil terbaring di atas sofa menonton kartun Pingu kegemarannya.
Alhamdulillah, tiga tahun yang lalu, rezeki kami bertambah. Aku dan Zaffarin sama-sama mengumpul duit membeli rumah teres dua tingkat yang baharu. Lebih selesa untuk anak-anak kami. Rumah yang lama kami sewakan kepada orang lain.
"Mama....." Panggil Mateen. Suaranya dibuat-buat seperti lemah.
"Apa dia?" Aku memandang kedua-dua anak kecil yang sudah berganjak ke lapan tahun ini.
"Along rasa macam nak demamlah. Along nak rehat dekat rumah tokma boleh?"
"Angah pun. Angah rasa sakit perut. Mencucuk-cucuk perut ni," Giliran Medina pula cuba untuk membodek aku.
"Amboi pagi-pagi dah buat drama!" Suara Zaffarin jelas di anak tangga terakhir membuatkan tiga pasang mata melirih ke arahnya.
"Betul papa, angah dengan along tak sihat. Malam tadi angah asyik berak-berak je sebelum tidur,"
"Along pun. Pagi tadi along muntah-muntah,"
Aku hanya senyum dengan telatah mereka. Bukan tidak pernah mereka buat drama tak nak pergi sekolah pagi-pagi begini. Aku memandang Zaffarin sambil angkat bahu, "Use your power,"
"Ehem," Zaffarin memandang aku sambil kakinya mendekati mereka berdua, "Along kata nak jadi doktor. Nak belajar dekat Mesir. Kalau tak pergi sekolah, tak bolehlah jadi doktor kalau macam ni," Zaffarin mencium dahi Mateen.
"Angah nak jadi cikgu kan? Nak jadi cikgu kena pandai. Kalau tak pandai macam mana nak ajar anak murid? Cuba tengok cikgu dekat sekolah angah dengan along, ada tak yang tak datang sekolah?"
Mateen dan Medina menggeleng.
"See? Semua cikgu datang, kan? Kalau along dengan angah tak pergi sekolah, kesian dekat cikgu," Tambah Zaffarin lagi.
Aku jatuh cinta dengan cara Zaffarin mendidik anak-anak kami. Memang di rumah tersedia dengan rotan, tapi tidak pernah sekalipun rotan itu singgah di badan mereka. Malah tidak pernah disentuh oleh kami.
Zaffarin lebih gemar mendidik menggunakan lidah dengan cara yang lembut berbanding menggunakan tangan dengan cara yang sedikit kasar. Kerana baginya mereka masih lagi kecil dan tidak tahu mana baik dan buruk. Ia perlu dididik dengan lembut dan perlahan-lahan.
"Okay, kitorang pergi sekolah," Ujar Mateen.
Aku tersenyum sebaik mendengar kata-kata anak lelakiku ini. Lantas kami sama-sama menuju ke meja makan bersarapan sebelum kami keluar rumah.
###
"Assalamualaikum," Aku yang berada di dapur terdengar suara orang memberi salam sambil bunyi loceng silih berganti. Terus aku bangun menuju ke pintu.
Aku intai dahulu di tepi tingkap sebelum aku membuka pintu. Terlihat seorang lelaki sedang berdiri bersama dengan seorang wanita. Tetapi tidak dapat aku lihat wajah kedua-duanya.
"Siapa tu? Nak buka ke tak eh?" Aku membisik seorang diri.
Sampailah ketika lelaki itu menoleh ke arah pagar terus mataku membulat. Aku terkejut melihat lelaki itu. Aku kenal dia. Cuma dia nampak lebih kurus dan sedikit cengkung.
Jantungku laju berdegup. Lantas aku terus berlari ke arah Mikhael yang sedang tidur nyenyak itu. Aku mengambil telefonku nombor Zaffarin aku dail.
"Hello sayang. Kenapa call?" Soal Zaffarin.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...