"Asalamualailum buat semua peminat Dhia Khaira dan Zaffarin,
Dhia nak ucapkan ribuan terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong Dhia dan selalu menjadi orang yang setia menanti setiap detik jalan cerita kehidupan Dhia yang tidak seberapa ini. Dari Dhia bujang, hinggalah Dhia melahirkan anak bongsu kami, Mikhael. Kalian masih setia di sisi. Moga-moga Tuhan membalas jasa kalian.
Walaupun cerita Dhia bersama keluarga kecil ini sudah ke penghujungnya, tapi Dhia harap anda semua sentiasa letakkan Dhia bersama Zaffarin di dalam hati. Tak lupa juga Mateen dan Medina serta Mikhael. Jangan lupa kami ya. Kerana kami tidak akan lupa jasa anda.
Segala kekurangan Dhia minta ampun. Jangan salahkan kami, salahkan CikTembam tau! Hehehe. Bukan niat nak buat anda semua tertunggu-tunggu. Tapi disebabkan kekangan masa, ada sahaja masalah yang menimpa. Tapi Dhia dan CikTembam masih sayang kalian sebab setia menanti sehingga ke penghujung.
Doakan semoga Dhia dapat membahagiakan Zaffarin dan anak-anak. Sentiasalah kalian sematkan nama kami dalam hati anda.
Walaubagaimanapun, Dhia tak akan tinggalkan kalian begitu saja. Dhia sudah hantarkan Fatima Az-Zahra dan Alif Muhaimin untuk menghiburkan hari-hari anda dan menggantikan Dhia dan Zaffarin. 'Peluang Kedua' jangan lupa baca ya.
Dhia teringin nak tahu bagaimana kalian boleh terjumpa 'Dhia Khaira'? Boleh Dhia tahu? Jangan segan silu untuk kongsi. Which part dalam Dhia Khaira yang korang suka and gila bayang?Akhir kata dari Dhia, terima kasih banyak-banyak. #KalauAdaJodoh. Moga-moga berjumpa lagi.
Salam sayang,
Dhia Khaira 💙
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...