30. Postpone

9.8K 332 8
                                    

Sebaik dia memberi salam dan dia mengaminkan doa, aku perlahan-lahan melangkah dan duduk di belakangnya secara senyap-senyap. Tiada sebarang bunyi yang keluar.

Hatiku jadi sayu saat aku terdengar suaranya melepaskan esak tangisan. Perlahan-lahan aku mendekatkan diri lalu aku memeluk dia erat.

Apabila dia rasa ada sesuatu yang menyentuh badannya, terus dia menoleh lalu dia seka air mata, "Sayang? Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak tidur lagi?" Soal dia.

"Saya tak boleh tidur kalau tak ada awak. Tak ada orang nak peluk saya," Sengaja aku jawab begitu untuk menambat hati dia. Untuk hilangkan kesedihan di hati dia.

Ketawa kecil Zaffarin kedengaran. Sungguh indah bunyi itu, "Maknanya awak nak tidur dengan saya malam ni?" Soal Zaffarin sambil dia memusingkan badan lalu dia turut sama memelukku.

Aku mengangguk, "Tokwan tak nak peluk saya. Sebab tu saya datang sini. Sekurang-kurangnya kalau saya tidur dengan awak, awak boleh peluk saya kuat-kuat," Ujar aku kepadanya. Saja ingin bermanja menghilangkan sedih yang bertandang di hatinya.

Zaffarin mengucup dahiku, "Kalau macam tu jom kita tidur, saya akan peluk awak kuat-kuat,"

Terus aku melepaskan pelukan dan bangun bersama. Aku terus berlalu ke katil manakala Zaffarin sedang melipat sejadah dan menyimpan songkok di kepala.

Sebaik kami sama-sama berbaring, terus aku meraih tubuh Zaffarin dan memeluknya erat. Kepalaku yang berada di lengannya terasa bagai dibelai lembut. Dada bidang Zaffarin aku usap.

"Saya minta maaf sayang," Ujar Zaffarin lalu aku angguk.

Aku mendongak lalu aku mengangguk, "Saya maafkan awak,"

Zaffarin senyum, "Awak tak marah saya dah?"

Aku menggeleng, "Saya tak boleh marah awak lama-lama. Nanti saya bosan," Jawab aku polos.

Zaffarin mencium lagi dahiku. Terus aku merangkul lehernya dan aku rapatkan bibirku dengan bibirnya. Dapat aku rasakan bibirnya sedang mengukir senyum saat aku mengurut bibirku dengan bibirnya.

"Sayang..." Suaranya tersekat memanggil aku.

"Hmm?"

"Can we hold our 'project'? Esok saya ada kelas pagi," Bisik Zaffarin membuatkan wajahku merah membahang.

"Okay baby," Bisikku juga sebelum aku memberi satu lagi ciuman sekilas.

###

Seperti biasa setiap hari aku akan subuh dan menyiapkan pakaian Zaffarin untuk ke kampus. Sempat dia memanjakanku dengan pelukan dan ciumannya sebelum kami sama-sama turun bersarapan.

Apabila aku tiba di tangga yang terakhir terlihat sebuah beg pakai di muka pintu. Mummy pula berada di meja makan bersama Mieza. Dapat aku dengar sedikit perbualan mereka.

"Makngah tau Mieza ada daftar belajar dekat kampus tempat Zaffarin mengajar. Makngah betul-betul kecewa dengan kamu," Suara tegang mummy dapat aku dengar.

"Makngah, Mieza..." Sebelum dia mahu membalas kata-kata mummy, Zaffarin terlebih dulu menyapa.

"Morning mummy," sapa Zaffarin.

Terlihat aku dan Zaffarin duduk di meja makan, wajah Mieza menunduk. Mungkin malu denganku.

"Mummy cantik-cantik ni nak pergi mana?" Soal aku apabila mummy cantik berpakaian dan bertudung pagi ini.

"Mummy nak hantar Mieza. Kereta api bertolak pukul 8.30 nanti," Jawab mummy.

Aku mengangguk perlahan. Maknanya, beg di tangga tadi adalah milik Mieza.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now