31. Dia Tak Lupa

9.8K 296 4
                                    

Tiga bulan berlalu...

Alhamdulillah, dah tiga bulan berlalu. Kak Adhwa juga sudah bersalin dan aku mendapat anak buah lelaki yang diberi nama Ahmad Arash bin Muhammad Furqan. Rezeki Abang Furqan melimpah selepas Kak Adhwa bersalin. Dia dinaikkan pangkat berdasarkan persetujuan semua staff di pejabat.

Aku pula sudah mula bekerja dua bulan yang lalu. Terlalu lama aku cuti sehinggakan aku bosan duduk di rumah. Zaffarin juga masih lagi menjadi penyarah ganti dan kadang kala dia mendapat pekerjaan luar dengan gaji lumayan.

Sedang aku sibuk membuat kerja, telefonku berbunyi. Cepat-cepat aku cari telefonku di dalam beg tangan.

Zaffarin's Calling...

"Hello sayang," Ku dengar suara Zaffarin di talian.

"Hello baby. Kenapa call saya ni?"

"I'm sorry sayang. Hari ni saya tak boleh jemput awak tau. Tiba-tiba ada mesyuarat. Jadi saya balik lewat sikit,"

Aku sedikit kecewa, "Oh ya ke? Kalau macam tu, tak apa. Saya balik sendiri. Kita jumpa dekat rumah," Ujar aku lalu kami masing-masing matikan telefon.

Aku berkecil hati dengan semua orang hari ini. Langsung tidak ingat tentang hari jadiku. Semua hari ini lagaknya seperti biasa sejak dari pagi tadi. Aku ke pejabat pun dalam keadaan murung.

"Sayang, papa tak ingat hari jadi mama. Macam mana ni?" Omel aku sendiri. Sedih pula tiba-tiba.

Nampak gayanya, hari ini aku perlu menempah Grab memandangkan Abang Furqan sudah pulang, begitu juga dengan daddy.

Gambar hitam putih di dalam beg tanganku aku ambil lalu tenung lama. Bibirku ukir senyum tiba-tiba. Selagi Zaffarin tidak ingat tentang hari jadiku, selagi itu aku akan menyimpan gambar dan rahsia ini.

Tiba-tiba telefonku berdering lagi sekali. Cepat-cepat aku menyimpan gambar tadi lalu aku capai telefon bimbitku di atas meja.

Abang's calling...

"Hello abang,"

"Hello Dhia, Dhia dekat mana?" Soal Abang Furqan di talian.

"Baru pukul empat setengah bang, mestilah dekat office lagi. Kenapa?" Soal aku.

"Oh Zaffarin call tadi kata dia balik lambat sebab ada mesyuarat. Jadi alang-alang abang nak keluar kejap, abang boleh jemput Dhia," Ujar Abang Furqan.

Aku kerut dahi. Zaffarin telefon Abang Furqan dan beritahu bahawa dia pulang lewat? Kenapa pula dia memberitahu Abang Furqan? Tidak mahu ambil pusing, terus aku kata ya.

Lebih kurang 15 minit, dia datang menjemputku. Segera aku turun ke bawah kerana aku tahu Abang Furqan tidak suka menunggu. Sempat juga aku menyapa Pak Salleh. Ditegur kerana tiba-tiba hari ini aku pulang awal.

"Do you want anything else before kita balik?" Soal Abang Furqan.

Aku memandang dia. Ada satu yang teringin, "Tiba-tiba Dhia rasa nak minun Chatime. Boleh?"

Abang Furqan senyum dan mengangguk, "Boleh! Jom. Kita singgah Chatime yang dekat dengan rumah tu,"

Aku menggangguk. Sepanjang perjalanan aku hanya diam dan mendengar lagu dari corong radio. Tetapi apabila Abang Furqan melalui jalan jauh yang harus ikut highway, aku mula bersuara.

"Abang, kenapa ikut jalan jauh ni?" Soal aku.

"Tadi masa abang nak datang ada accident. Jalan sesak teruk. Malas abang nak ikut sana," Jawab Abang Furqan.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now