Kalau ikut kiraan, lagi dua minggu aku akan bersalin. Jadi aku dan Zaffarin mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mummy kerana Zaffarin risau tinggalkan aku seorang diri jika dia ke tempat kerja. Mummy juga sangat berjaga-jaga untuk menjaga aku. Sikit kerja ringan pun dia tidak kasi aku buat. Sama seperti dia menjaga Kak Adhwa dahulu.
Pada malam itu, sebelum kami tidur, aku rasa ingin pillow talk dengan Zaffarin sebelum tidur.
"Sayang, kenapa awak nak kahwin dengan saya dulu?" Soal aku sambil membelai dadanya. Kami bersandar di kepala katil.
Zaffarin terus memandang aku, "Kenapa awak tanya?"
Aku angkat bahu, "Saja nak tau,"
"At the first time I saw you, dekat entrance GHPO*. Lepas tu saya cakap dekat Amirul cantiknya awak, kan best kalau awak jadi girlfriend saya. Lepas tu tiba-tiba Amirul aminkan apa yang saya cakap,"
Dia mulakan bicara. Amboi, gatal rupanya.
"Masa awak tegur saya dekat Starbucks dulu, saya terdiam sekejap. Pelik, kenapa awak tegur saya. Rupanya awak nak pulangkan dompet saya,"
Aku masih ingat peristiwa itu. Aku rasa itu pertama kali aku menjadi seorang yang prihatin. Kalau tidak, aku akan ke kaunter dan tinggalkan sahaja dompet itu.
"Lepas tu, bila awak asyik sebut kalau ada jodoh saya akan sambung dalam hati, InsyaAllah ada, amin," Tambah Zaffarin lagi.
Aku terus mendongak melihat dia yang tersengih, "Seriously?!"
Zaffarin mengangguk, "Dan setiap kali tu juga, saya selalu sangat jumpa awak. Kita jadi kawan tanpa sengaja. Incident di Langkawi, cukup kuatkan diri saya bahawa saya nak jadi pelindung awak,"
Ya, peristiwa trauma ketika aku berada di Langkawi juga aku masih lagi ingat. Nasib baik ada hero ni.
"Then? How you decide to jumpa mummy and daddy?"
"Saya istikharah dan yes saya dapat pentunjuk apa yang saya nak. Tanpa tunggu lama, saya terus pergi jumpa mummy dan daddy. Sebab saya takut Muzaffar potong line dulu,"
"Mula-mula saya terkilan sangat awak tak nak kahwin dengan saya sebab saya ingatkan, awak tolak sebab awak sayangkan lagi Muzaffar. Tapi bila akhirnya awak terima, sayalah orang paling happy dalam dunia, walaupun waktu tu awak terima dalam keadaan antara paksa dan rela," Zaffarin belai rambutku,
"So saya nak tanya awak, macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya? Sebab awak sendiri kata awak tak boleh jadi isteri yang sayangkan saya. Tapi one day, awak cakap awak sayangkan saya masa kita dekat air terjun di kampung," Soal Zaffarin pula padaku.
Aku senyum malu, "Sebab bila saya ada dengan awak, saya rasa tenang, saya rasa selamat. Awak layan saya macam saya princess, awak manjakan saya macam saya ni budak kecil. Saya sendiri pun tak tau macam mana saya boleh jatuh cinta dengan awak," Beritahu aku.
"Tapi saya yakin, cinta tu dah lama datang, cuma saya yang layankan sangat ego saya ni," Tambah aku lagi.
Zaffarin ketawa kecil, "Saya harap, cinta kita kekal sampai hujung hayat kita sayang," Tambah Zaffarin lalu dia mengucup dahiku.
"InsyaAllah sayang. InsyaAllah dengan twin yang akan lahir ni, akan jadikan hubungan kita lebih erat," Aku usap pipinya.
"Aminn,"
Terasa saat indah malam ini. Hanya aku dan Zaffarin mengimbau kisah lama. Aku bodoh sanggup mengikut Muzaffar dahulu. Tapi aku lakukan itu semua bersebab.
Aku pernah mendengar pesan tokwan kepada maksu dahulu, 'dalam perhubungan, kita kena jujur. Barulah kita selamat bersama.'
Dan itu adalah benar.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...