19. Buka Rahsia

9.1K 275 5
                                    

"Take care," Pesan aku selepas menyalam tangannya.

"I will sayang. Jaga diri baik-baik. Call saya tau," Pesan Zaffarin dan lantas mencium dahiku.

Selepas menghantar Zaffarin ke lapangan terbang, terus aku memandu pulang ke rumah mummy dan daddy untuk bermalam di sana dua tiga hari sementara Zaffarin di Singapura menyiapkan kerjanya. Apabila keretaku parkir di laman rumah aku terpandang sebuah kereta yang asing. Aku tidak pernah lihat kereta ini.

"Assalamualaikum," Aku memberi salam selepas aku jejakkan kaki ke dalam rumah.

"Waalaikumusalam," Beberapa suara menyahut salamku.

Mata aku tertancap orang-orang di ruang tamu. Empat orang tetamu di situ. Seorang yang aku benci datang bersama kembarnya, dan juga dua orang tuanya.

Aku melangkah ke arah mereka. Tidak mahu jatuhkan air muka mummy dan daddy, aku menyalam Datin Rai dan juga kembar perempuan Muzaffar. Senyum nipis aku berikan.

"Ini Dhia Khaira ya? Cantik," Puji Datin Rai.

Aku hanya senyum dan angguk, "Saya tak sihat, saya naik dulu," Ujar aku. Tidak mahu berlama-lama di sini. Tidak mahu duduk di hadapan Muzaffar.

Semasa aku memanjat tangga aku berselisih dengan Kak Adhwa dan Abang Furqan, "Dhia? Zaffarin mana?" Soal Abang Furqan.

"Dia outstation,"

"Dekat bawah ada tetamu. Tak eloklah kalau Dhia nak duduk dalam bilik," Ujar Kak Adhwa.

"Dhia sakit kepala. Nak rehat kejap," Ujar aku lalu terus melangkahkan kaki ke dalam bilik.

Badanku hempas ke katil. Buat apa dia datang ke sini? Nak ganggu hidup aku lagi ke? Sungguh aku penat melayan lelaki tak guna seperti Tengku Muzaffar.

Pintuku diketuk. Aku angkat kepala melihat siapa yang menjengah.

"Boleh akak masuk?"

Aku angguk lalu aku bangun dari pembaringan, "Masuklah,"

Kak Adhwa melangkah duduk hi dapan aku, "Dhia okay?"

"Okay,"

"Abang kata, kalau apa-apa tentang Dato' Amzar, mesti Dhia nak mengelak. Kenapa ya?" Soalan Kak Adhwa membuatkan aku terdiam.

"Tak ada apa. Mungkin kebetulan Dhai memang sibuk,"

"Come on Dhia Khaira. Akak boleh baca riak yang mengganggu di wajah awak," Ujar Kak Adhwa sambil membuat bulatan di wajahku dengan jari teluntuk.

Patutkah aku beritahu tentang perihal yang berlaku tentang perkara yang terjadi semasa aku di London dahulu?

"Dhia?"

Aku tarik nafas dalam, "Akak kena janji dengan Dhia, yang akak tak boleh cerita perkara ni dengan sesiapapun," Aku genggam tangan Kak Adhwa.

"Mummy, daddy dan abang pun tak boleh?"

Aku menggeleng, "Tak boleh,"

"Okay. Teruskan,"

Aku berdehem, "Sebenarnya, masa Dhia belajar dekat London dulu, Dhia berkawan dengan anak Dato' Tengku Amzar, which is Tengku Muzaffar dan kami sempat menyulam cinta dekat sana,"

Wajah Kak Adhwa jelas riaknya yang terkejut, "Then? Korang clash, sebab tu Dhia tak suka Muzaffar?"

Aku menggeleng, "Bukan tak suka, tapi benci,"

"Dhia! Tak baik membenci orang. Perkara kecil je,"

"Tak akak! Bukan kecil. Maruah Dhia hampir dia hilangkan," Air mata aku mula bergenang apabila aku teringat kisah lalu. Kisah hitam yang cukup buat aku membenci Muzaffar.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now