Aku masuk ke bilik selepas siap menolong Abang Furqan. Terlihat Zaffarin sudah siap memakai baju kemeja untuk ke kampus pagi ini. Sungguh kacak, berkemeja biru pekat dan berseluar slack hitam bersama tali leher hitam di tangan.
"Awak nak pergi dah?" Soal aku sebaik aku menutup pintu bilik.
Zaffarin angguk, "Tolong ikat tie boleh?"
Kakiku melangkah menuju ke arahnya dan aku ikatkan tali leher di kolar bajunya, "Awak ni mengada-ngada la,"
"Mengada dengan awak je," Jawab Zaffarin selamba. Tangannya diletakkan di pinggangku, "Hari ni awak ada nak pergi mana-mana?"
Aku angguk, "Sepatutnya saya cuti hari ni, tapi saya kena teman Abang Furqan. Dia ada meeting," Tanganku masih lagi ligat menyimpul tali lehernya.
"Tengku Muzaffar?" Duga Zaffarin. Semesrinya dia dapat agak jika aku ingin menemani Abang Furqan.
Aku mengeluh sambil menangguk kecil.
"It's okay. Dulu saya pernah tipu dia yang awak tunang saya, sekarang awak betul-betul jadi isteri saya," Ujar Zaffarin sambil membelai rambutku.
"Dah," Beritahu aku sebaik selesai mengetatkan tali leher itu.
"Thank you," Ucap dia dan kemudiannya mencium pipi kanannya. Cuba aku untuk sembunyi senyumanku. Terima kasihnya hanya aku jawab di dalam hati.
Aku turun bersamanya untuk bersarapan. Meja masih kosong, cuma ada mummy dan maksu sedang menyediakan meja makan, "Morning!" Sapa aku riang.
"Morning sayang," Jawab maksu.
"Maksu balik bila?" Soal aku. Takut-takut aku tidak sempat berjumpa dengannya jika aku pulang petang nanti.
"Sebenarnya maksu ada seminar kejap lagi pukul sepuluh. Kalau habis awal, maksu terus balik kampung. Kalau habis lambat maksu tidur sini lagi dan balik esok. Kesian dekat tokwan sorang-sorang," Jawab maksu.
Aku angguk dan aku cedokkan nasi goreng untuk Zaffarin, "Cukup?"
Zaffarin angguk. Aku tuangkan susu untukku. Pagi-pagi memang aku tidak ada mood untuk makan. Sebab tu aku selalu makan kurma bersama susu sahaja pagi-pagi ini.
"Eh awal bangun pengantin baru," Sapa daddy yang baru turun dari tangga.
"Zaf kena pergi kampus pukul lapan," Beritahu aku.
"Oh lupa pula menantu daddy ni pensyarah," Usik daddy, "Dhia cutikan hari ni?"
Aku angguk, "Tapi nak kena teman abang meeting dengan company Tengku Amzar,"
Sebaik aku jawab pertanyaan itu meja makan kembali senyap cuma kedengaran sudu berlaga pinggan. Selesai Zaffarin makan dia meminta diri untuk pergi ke kampus. Aku juga bangun untuk menghantar dia ke muka pintu.
"Take care. Kalau dia kacau awak, awak bagi tau saya," Pesan Zaffarin apabila dia selesai menyarung kasut di kaki. Mengingatkan aku sekiranya Muzaffar masih mengganggu aku.
"Okay," Jawab aku sepatah. Zaffarin senyum lalu dia mencium pipiku lama di muka pintu itu, "Ish nanti orang nampak, malu la,"
Zaffarin ketawa kecil, "Bye,"
Sebaik keretanya keluar dari laman rumah, aku masuk semula ke dalam. Apabila aku kembali ke meja makan, keluarga mak long sudah memenuhi ruang meja makan kecuali tempat dimana Zaffarin tadi. Aku labuhkan punggungku di situ.
"Mana suami?" Soal mak long.
"Baru je keluar pergi kerja," Jawab aku kepadanya sambil menyambung menyuap nasi goreng.
YOU ARE READING
[C] Dhia Khaira
RomanceAku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "...