32. Penjara

9.7K 293 12
                                    

Aku membisu selepas aku habis membaca surat yang ku terima tadi. Memang betul, itu hukuman yang patut dia terima, tapi semua manusia melakukan kesilapan. Apakah hukuman yang patut dia timpa di dalam sana?

"Hai sayang," Sapa Zaffarin sebaik aku masuk ke dalam keretanya. Dia menjemput aku dari pejabat hari ini.

"Hai," Sepatah perkataan terkeluar sebelum aku mencium tangannya.

Aku kembali membisu tanpa senyuman kemudian menarik tali pinggang.

"Sayang? Kenapa muka monyok ni?" Soal Zaffarin sambil tangannya dilekapkan di pipiku. Patut ke aku beritahu.

Aku menggeleng, "Tak ada apa,"

Sambil menarik tangannya, "Kenapa?" Apabila soalan kali kedua ditanya, aku jadi takut.

"Tak ada apa. Penat je, hari ni banyak kerja," Tapi aku membohong.

"Okay kalau macam tu, sayang ada nak pergi mana-mana? Ke baby teringin nak berjalan dekat mana-mana?" Soal Zaffarin lalu dia mengusap perutku yang masih kempisembuatkan aku tersenyum.

Aku menggeleng, "Mama dengan baby tak nak pergi mana-mana pun. Nak balik, nak rehat. Tu je," Ujar aku lalu mengambil tangan Zaffarin lalu dicium lembut.

"Okay my babies," Lalu hidungku dicuit sebelum dia kembali memandu kereta memecut laju ke rumah.

Apabila tiba di rumah, aku terus masuk dan naik ke atas. Aku berselisih dengan daddy di tangga lalu daddy memegang tanganku.

"Dhia dah tau apa jadi dengan Tengku Muzaffar?" Tiba-tiba sahaja daddy menyoal.

Aku menoleh memandang Zaffarin yang mula mendaki tangga di belakangku, kemudian aku mengangguk kepada daddy.

"Good, nanti after dinner daddy ada perkara nak berbincang dengan Dhia," Ujar daddy lagi.

Aku hanya sekadar mengangguk dan terus melangkah selepas daddy melepaskan tanganku. Sebaik aku masuk ke dalam bilik, terus aku rebahkan badan di katil ingin melepaskan lelah sebelum aku mahu membersihkan diri. Mata aku pejam rapat.

Bagaimanakah keadaan Muzaffar di dalam sana? Baikkah dia? Bila dia masuk ke sana? Kenapa Datin Rai tidak menelefonku? Ah! Banyak tanda soal. Kenapa aku jadi begini? Kenapa aku begitu kisah dengan Muzaffar?

I should go to bath first.

Tapi apabila aku ingin bangun menuju ke bilik air, rupa-rupanya Zaffarin dari tadi memerhati aku dalam. Renungan matanya cukup membuatkan aku menjadi kecut perut.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal aku ketika aku ingin mengambil tuala mandi.

"Please tell me what happened?"

"About what?"

"Tengku Muzaffar,"

Apabila nama itu disebut, aku melepaska keluh. Mungkin dia dengar perbualan pendek aku bersama daddy ketika di tangga.

"Can we talk about this later?"

Zaffarin mengangguk perlahan, "As long as you tell me,"

Sebaik dia kata begitu, terus aku melangkah ke bilik mandi dan membersih diri.

Selepas makan malam, seperti yang daddy pinta, aku tunggu daddy di ruang tamu atas selepas aku selesai solat Isya'. Daddy sekarang berada di hadapanku. Surat yang aku dapat siang tadi juga berada di tanganku waktu ini.

"Zaffarin," Panggil daddy apabila Zaffarin keluar dari bilik kami.

"Ya?"

"Kamu duduk sini. I think you should hear our discussion," Ujar daddy.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now