PROLOG

10.5K 340 4
                                    

"Medina! Jangan main jauh-jauh. Along tengokkan angah tu!" Bebel aku apabila melihat Medina dan Mateen bermain lari-lari di gigi pantai.

Alhamdulillah, lima tahun berlalu, si kembar membesar dengan jayanya. Tak banyak ragam, patuh kata. Aku selalu menghantar mereka ke rumah mummy pada setiap pagi dan menjemput mereka pada jam lima petang. Itu adalah rutin harian kami setiap hari.

"Mama mana adik dengan papa?" Soal Medina apabila melihat aku hanya duduk berseorangan di tikar.

"Adik ikut papa pergi beli air dengan makanan," Jawab aku.

Bertambah lagi rezeki, aku dikurniakan lagi seorang anak lelaki yang sudah berusia hampir dua tahun. Aisy Mikhael. Kak Adhwa pula sedang mengandung hampir lima bulan.

Mateen duduk di sebelahku, "Mama, along haus lah," Lalu dia sandarkan diri di lenganku.

Aku senyum, "Kejap eh, tunggu papa pergi beli air," Aku usap rambutnya yang sedikit basah kerana percikan air pantai.

"Mana papa ni! Angah tak sabar nak mandi ni!" Rungut Medina. Dari tadi menahan diri dari terus masuk ke dalam air pantai.

Mereka sudah berjanji hanya akan mandi dengan Zaffarin sahaja, kerana aku takut terjadi apa-apa, "Kejap eh,"

Medina dan Mateen masing-masing bersandar padaku. Aku belai kedua-duanya. Sejak Mikhael lahir, aku jarang manjakan mereka.

"Mama, nanti along nak belajar bahasa arab boleh?" Soal Mateen tiba-tiba.

"Kenapa nak belajar bahasa arab?" Soal aku kembali.

"Nanti along boleh faham Al-quran," Apabila aku mendengar kata-kata Mateen, aku jadi tersentuh, "Lepas tu cikgu kata, kalau nak jadi doktor boleh belajar dekat Mesir,"

"Along nak jadi doktor?"

Mateen mengangguk, "Jadi doktor boleh tolong orang. Dapat pahala kan mama?"

Aku mengangguk, "Ya betul, jadi doktor kita boleh tolong orang sakit. Along kena belajar rajin-rajinlah kalau nak jadi doktor,"

Mateen mengangguk faham.

"Angah pula nak jadi apa?" Soal aku kepada Medina yang sedang bermain dengan jari jemariku.

"Angah nak jadi cikgu!"

"Kenapa nak jadi cikgu?" Soal Mateen.

"Jadi cikgu boleh tanda banyak-banyak buku! Angah suka tengok cikgu angah tanda buku," Jawapan Medina membuatkan membuatkan aku tertawa.

"Tak kisahlah anak-anak mama nak kerja apa pun. Yang penting kena rajin belajar, kena berusaha. Tak boleh malas-malas," Jawab aku. Aku mencium kedua-dua pipi mereka.

Kecil-kecil sudah tahu apa yang diimpikan. Harap supaya mereka membesar dengan baik.

"Mama! Tengok adik!"

Aku terus menoleh ke arah yang ditunjukkan Medina. Mikhael berlari-lari terkedek-kedek ke arah kami sambil tersengih. Menampakkan dua batang giginya yang sudah tumbuh atas dan bawah.

"Adik!" Aku mengambil Mikhael lalu diletakkan di atas ribaku, "Adik ikut papa ke?"

Mikhael mengangguk. Entah faham atau tidak apa yang aku soalkan.

"Papa nak air!" Ujar Mateen.

Zaffarin menghulurkan air kelapa kepada Mateen, "Papa beli air kelapa untuk along. Boleh?"

Mateen mengangguk, "Boleh!"

Selepas dia meneguk air kelapa itu dia beri pula kepada Medina. Pandai berkongsi.

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now