28. Perubahan

9.5K 305 14
                                    

"Sayang..." Zaffarin masih kaku duduk di kerusinya. Matanya tak lekang dari memandang aku.

"Ya sayalah ni. Kenapa awak pandang saya macam tu? Saya boleh masuk ke tak ni?" Soal aku bertubi-tubi cuba untuk tamatkam drama terkejut melihat imej baruku hari ni.

Zaffarin terus bangun menghampiriku lalu dia ukir senyum, "Boleh,"

Sebaik aku melangkah masuk, dia terus tutup dan mengunci pintu serta menukar sign kepada Do Not Disturb. Tirai di tingkap juga dilabuhkan kerana mahukan privacy.

Aku letakkan makanan di atas meja kopi kecil di hadapan meja kerjanya. Sebaik aku berpusing memandang Zaffarin ternyata dia masih lagi kaku sambil senyum memandang aku.

"Kenapa awak pandang saya macam ni?!" Suara aku sedikit meninggi kerana aku segan sebenarnya diperhati begini.

Zaffarin dekat jaraknya denganku lalu tangannya dia letak di pinggangku, "Awak cantik sangat sayang," Ujar Zaffarin lalu dia mengucup dahiku membuatkan bibirku pula tersenyum.

Dia belai pula pipiku, "Dari awak pandang saya macam ni, lebih baik kita makan," Ujar aku lalu menarik dia duduk di sofa.

Tetapi, dia pula menarikku semula membuatkan aku berada dalam dakapannya. Dia peluk aku erat, "Habislah saya macam ni,"

Aku kerut dahi, "Kenapa? Awak sakit ke?" Aku menyentuh dahinya. Tak panas.

"Tak pakai tudung pun cantik, pakai tudung lagi cantik. Macam mana saya nak sorok isteri saya dari dilihat orang ni?" Soal Zaffarin sambil bibirnya memuncung.

Aku ketawa kecil, "Kalau macam tu, biar saya pakai purdah je la. Boleh?"

"Nak ke?"

Aku angkat bahu.

Lalu dia peluk aku erat. Dapat aku dengar degupan jantung apabila telingaku melekat di dadanya, "Terima kasih sayang sebab tarik saya jauh dari jadi suami dayus; biarkan orang lain nampak aurat isteri sendiri,"

Sedikit bibirku terukir, "Sama-sama. Saya buat sebab saya sayang awak," Aku cium pipinya pula.

"Apa dia? Tak dengarlah," Dia sengaja meletakkan tangannya di belakang cuping telinga. Meminta aku ulang semula ayat keramat itu.

Aku memukul dadanya perlahan, "Ish! Jomlah makan saya lapar," Sengaja aku tukar topik. Tak akan mahu bermanja di tempat awam begini.

"Okay-okay jom kita makan," Dia tariknya aku duduk di sofa dua itu.

Aku membuka bekas makanan sementara dia membuka air tin yang masih lagi sejuk untuk aku dan dia. Sudu aku hulurkan padanya.

"Macam mana tadi?" Soal Zaffarin ketika sedang kami menikmati makanan.

"Just fine. Dia minta maaf dekat saya and also dia tanya mana awak. Dia janji dia tak kacau saya kalau saya maafkan dia," Jawab aku kemudiannya menyedut seteguk air.

"Dia okay ke tak?"

Aku angkat bahu, "Nak kata dia mental, nampak normal. Cuma cara dia berbual macam kebudak-budakan. Itu je la,"

Zaffarin mengangguk perlahan sambil mengunyah makanan. Aku pula lebih ralik menikmati makananku. Sebenarnya aku agak sedikit tidak selesa kerana Zaffarin dari tadi asyik memandang aku. Untuk mengelakkam daripada berlaku ketidakselesaan terhadap diri aku sendiri, aku mengubah topik sebaik kami berdua selesai makan.

"Awak dekat sini mengajar apa?" Soal aku meskipun aku tau apa jawapannya dan aku pernah tanya sebelum ini.

"Programming,"

[C] Dhia KhairaWhere stories live. Discover now