Kereta Porsche GT3 berwarna merah diberhentikan di hadapan sebuah bangunan besar yang ada signboard tertulis The Jeon's Trading.
Wajah pucat Jungkook dipandang.
"Apsal muka awak pucat? Demam ke?" Haejung yang meletakkan tangannya di dahinya lantas ditepis.
"Tak lah"
Haejung tersenyum jahat. Dia tahu yang suaminya sedang berdebar sekarang. Kalau tak, kenapa dia dipaksa datang untuk teman dia?
Tu lah lain kali jenguklah juga Tuan Jeon dengan hyung dia bekerja dekat syarikat tu tapi ni tak, ps4 ps4 dan ps4. Mati nanti pun tanamlah ps4 sekali dengan mayat kau tu.
Bila dah jadi macam ni, mulalah nak pucat, takut, tak reti buat semua kerja. Nasiblah staf dalam office tu nanti dapat CEO macam ni.
"Keluar" arah Jungkook.
"Saya bukannya kerja dekat sini pun. Kenapa kena keluar?"
Dia memandang Haejung dengan wajah yang sukar ditafsir. Nak kata muka mengantuk pun ada.
"Sekarang aku ke kau yang suami? Aku kan? So ikut arahan aku"
Dia menanggalkan seat belt yang terbelit di badannya dan segera turun dari kereta mewah itu.
Haejung mengeluh seketika. Dengan malasnya, terpaksalah dia turun dari kereta. Kan tak pepasal dipanggil isteri derhaka walaupun dia memang derhaka dari awal pun. Derhaka sebab mempergunakan suami sendiri.
***
•
•
Haejung's POV
"Wey aku takut"
Dengan tak semena-mena tangan aku digenggam erat olehnya seperti tak mahu dilepaskan.
"Awak ni kenapa takut sangat? Diaorang tu bukannya makan awak pun" kataku perlahan.
"Tapi jantung aku nak luruh ni"
Kelihatan wajah Jungkook semakin pucat bila dipandang oleh ramai staf di sini.
Malu ke bang? ( ͡° ͜ʖ ͡°)
"Encik Jungkook kan?" tegur seorang perempuan yang boleh tahanlah juga seksinya tapi cantik.
Jungkook mengangguk perlahan.
Jangan kata perempuan ni orang ketiga dalam rumah tangga aku sudah. Tak pasal plan aku gagal nanti.
At least nak jadi orang ketiga pun biarlah lepas Taehyung dengan Yeonha tu cerai dulu.
Kemudian perempuan tu memandang aku pula. Dahinya dikerutkan.
Aku pun mengerutkan dahi juga, hairan dengan perempuan ni.
"Eh asal I macam kenal you"
Dia tersenyum. Aku pun apa lagi, mulalah rasa dia ni cam sakai gitu.
"You ni Haejung kan?"
Aku terdiam seketika. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Nak kata pakai nametag, tak adalah pulak.
"Yes.. Macam mana awak tahu nama saya?" soalku hairan.
"I'm Park Jiminna, adik Jimin, you punya cousin takkan dah lupa"
Aku menampar dahi. Ya tuhan..
Cousin sendiri pun tak kenal?
"Jiminna!"
"Haejung unnie!" lalu kami berpelukan buat seketika.
Baru aku ingat yang Jimin ada adik. Lepas mak bapak dia bercerai dulu, adik dia kena jaga dengan appa dia kat luar negara manakala Jimin pula mak dia jaga kat sini.
Dia pernah bagitahu aku yang dia tinggal serumah dengan Jiminna ni sejak budak ni balik lima bulan lalu cuma aku saja yang masih belum jumpa dia lagi. Lagipun wedding aku hari tu dia tak datang pun makinlah aku tak ingat dia. Sudahlah last aku jumpa dia time dia umur 5 tahun dulu.
Aku tahu semua staf di sini termasuk Jungkook memandang kami berdua.
"Dah lah drama lebih! Kau ni siapa?" Kata Jungkook dengan berlagak sambil jarinya ditujukan tepat pada Jiminna. Pelukan dileraikan.
"Maaf encik. Saya Jiminna, PA encik" dia menunduk hormat 270 degree. Alahai sopannya.
Jungkook hanya menarik muka kerek.
"Ouh ya, Haejung unnie ni isteri encik ke? Patutlah lawa. Padan dengan encik. Encik pun handsome"
Mahu sahaja aku tergelak sekarang. Kenapa Jiminna ni tetiba jadi awkward semacam? Takut tengok muka kerek Jungkook ke apa?
"Okaylah. Unnie pergi dulu. Kamu jadi PA Jungkook bebaik tau. Marah dia kalau dia malas kerja." Aku beri nasihat pada Jiminna.
"Nae.. nanti kirim salah dekat mak mertua"
Aku tersenyum. Baru saja aku ingin melangkah untuk pergi tetapi tanganku lantas dipegang Jungkook.
"Kau nak pergi mana?" soalnya perlahan.
"Baliklah. Nak buat apa lagi?"
"Tunggulah aku sampai rehat. Aku tak biasalah" keningnya bertaut.
"Lama lama tu awak biasalah. Bye" sempat aku mengucupkan tangannya sebelum pergi dari sini.
End of Haejung's POV
•
•
•
"Cara setakat video wedding hari tu confirm tak memadai lansung. Lagipun Jungkook tu pula jenis yang cool buat aku rasa takut je nak dekat dengan dia"
Haejung mengetuk dahinya dengan pen.
"Aku ada idea!" Senyuman sinis dipamerkan.
"Caranya adalah dapatkan perhatian dia dulu. Tapi.. macam mana?"
Dia mengetuk pensel di dahinya lagi.
Pintu rumah itu dikuak secara tiba-tiba. Terperanjat Haejung dibuatnya.
Siapakah manusia yang tidak berhati perut masuk rumah orang macam tu?
Terpapar wajah Jungkook dengan muka yang berkerut seperti menahan marah.
Kini wajah Haejung pula yang berubah menjadi pucat.
Apa salah dia sampaikan muka Jungkook jadi berkerut macam tu sekali?
"Kenapa kau tinggalkan aku pagi tadi? Kau tahukan aku terkapai-kapai macam lemas dalam loji?" dia mengeluh.
Mahu saja Haejung tergelak. Laa pasal tu ke? Ingat ke apa tadi.
"Bak kata appa, tak reti tu belajarlah. Kan Jiminna ada tadi takkan dia tak ajar awak?"
"Entahlah aku tak suka laa kerja tu. Aku nak main ps4 pun terganggu tahu tak? Lagipun aku dah minta cuti esok. Biar Jiminna tu handle meeting nanti"
"Eh apsal cuti?"
"Aku demam esok" katanya seraya mendaki tangga menuju ke tingkat atas.
"Tahu tahu je bila dia demam. Kan demam betul betul baru tahu"
+++
Nanti aii update lagi malam nanti 🌚
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon Jungkook
Fanfiction+ When a black-hearted girl meets a sweet guy. So there is a complicated conflict that begins ❝ Sayang.. aku rindu kau.. ❞ Dia bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, namun fizikalnya amat melambangkan dia romantik. - FANFICTION - A jeon jungku...